Financial planning, graduan jangan silap langkah

Belajar urus gaji dengan bijak supaya tak perlu guna istilah ‘lari bajet’

Apa perkara pertama yang korang buat bila dapat gaji? Simpan? Shopping? Meh akak share something ngan korang. Setiap graduan yang dah mula bekerja perlu tahu macammana nak manage finance korang. Bila dah ada pendapatan sendiri, tanggungjawabnya berbeza kadi zaman korang belajar dulu. Kena pandai buat kira-kira atau bajet bulatan supaya gaji yang korang dapat taklah habis begitu saja. Jangan silap langkah, takut baru tengah bulan dah makan megi!

Macam mana nak survive dan pastikan gaji bulanan korang digunakan dengan cermat? Teruskan membaca okay.

C:\Users\Lenovo\Downloads\paper-3190198_1920.jpg

Urus dahulu gaji sebelum berbelanja

Pengurusan gaji bulanan sangat penting. Cara terbaik untuk bahagikan gaji korang adalah dengan catat komitmen bulanan dan buat pengiraan secara kasar. Lebih elok kalau korang lebihkan sedikit pembahagian duit tu daripada nilai peruntukan yang korang tetapkan supaya ada safety net jika perbelanjaan korang lari sedikit. Bila dah ada list komitmen bulanan, korang dah boleh buat budget dan asingkan jumlah gaji bersih mengikut peratus pembahagian macam jadual dekat bawah nie.

KomitmenNilai pembahagian gaji (%)
Keperluan50
Simpanan jangka pendek10
Simpanan jangka panjang10
Hutang pendidikan10
Sedekah10
Fun/Rekreasi10


Pengurusan gaji nie berbeza mengikut individu. Setiap orang ada formula berbeza so jangan rasa tertekan. Aturkan jadual mengikut kemampuan dan keselesaan korang. Yang paling penting, perancangan korang kena tiptop. 

Hanya beli kereta jika perlu

Kalau boleh elakkan dari terburu-buru beli kereta. Gunakan pengangkutan awam untuk jimat kos transportation. Bila kereta jadi keperluan, lakukan survey untuk dapatkan deal terbaik semasa membeli. Make sure peruntukan yang korang tetapkan bersesuaian dengan budget bulanan. 

Mulakan bayar loan pendidikan

Hutang merupakan antara perkara utama yang korang kena cross dalam priority list setiap bulan! Jika ada ambik loan masa belajar dulu, make sure korang start pembayaran semula secepat mungkin. Ini bagi memastikan korang tak terbeban dengan kadar bunga yang dikenakan sekiranya gagal membuat pembayaran. Kalau mampu bayar secara lump sum lebih baik. Ada diskaun!

Dapatkan perlindungan insurans

Bukan semua company akan cover perlindungan insurans so korang kena ambil inisiatif sendiri. Yapi sebelum decide plan insuran mana satu sesuai dengan korang, kenalah buat research sedikit. Bandingkan benefit yang korang akan dapat daripada setiap insurance plan. Bukan apa, cuma sebagai persediaan sekiranya ada sesuatu yang tidak diduga berlaku.

Praktis self-control apabila berbelanja

Jangan boros gais. Sentiasa rujuk pada bajet bulanan yang korang dah buat supaya tak ter’over’ spend. Jangan terpengaruh sangat la dengan ajakan kawan atau iklan produk terbaru. Perbelanjaan bijak akan menyenangkan korang pada kemudian hari. 

Apply kad kredit

Tips terakhir ni mungkin sedikit pelik untuk korang sebab bila ada kad kredit mesti lagi susah untuk kawal perbelanjaankan? Ya! Tapi dengan perancangan yang sempurna, kad kredit ni boleh jadi tool yang sangat bermanfaat. Dengan membuat pembayaran semula dengan konsisten kepada pihak bank korang dapa membina kredit skor yang baik. Syaratnya korang mesti kawal perbelanjaan dan membuat pembayaran semula pada masa yang ditetapkan. Ini akan memastikan kredit skor korang flawless!

Amalkan tips-tips ni untuk financial planning yang lebih teratur. Lepas ni tak perlu pening kepala tunggu bila gaji seterusnya dikreditkan dalam akaun korang. You got this!