Resepi ni adalah untuk penggemar Puding Karamel yang mahukan pencuci mulut sedap tanpa bau yang kurang enak.

Kalau dapat dessert untuk minum petang memang sedap, lebih-lebih lagi kalau Puding Karamel. Mantapp! Tapi tu lah, kadang-kadang, resepi puding karamel yang banyak dikongsi oleh warga net ada guna telur. Pada beginners biasa end up dengan dessert yang ada bau hanyir. Patah selera uols.

Tapi resepi yang sis kongsi ni bukan je mudah sebab puding ini tak perlu dibakar atau dikukus, tapi juga pasal tak perlu pakai telur. Puding ni cuma perlu disejukkan dalam peti ais sehingga beku dan sedia untuk dimakan. Teksturnya pun cantik, licin dan lembut. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk gula karamel:

  • 1/4 cawan gula
  • 3 sudu besar air

Bahan-bahan untuk puding:

  • 1 paket agar-agar (10g)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula (kalau nak manis boleh letak 1 cawan)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk gula karamel:

  • Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
  • Tuang dalam loyang dan ketepikan (saya guna loyang bersaiz 8 inci).

Cara-cara untuk membuat puding:

  • Satukan semua bahan untuk puding di dalam periuk.
  • Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana menggunakan whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul.
  • Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
  • Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
  • Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 2-3 jam sebelum di makan.

Tips:

Semasa proses memanaskan bahan-bahan puding, pastikan anda menggunakan periuk yang tebal dan kacau dengan kerap di atas api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus di bahagain bawah dan tidak berketul.