Nak sediakan minuman segar ala-ala restoran Thai? Akak kongsikan cara buat Soda Herbs yang paling mudah. Sedap and fresh gitu.
Bahan – Bahan:
- 1 botol air aiscream soda ~ botol besar
- 1 tin laychee ~ ambil buahnya sahaja kalau nak guna longan pun boleh
- 2 batang serai ~ di titik
- daun pudina ~ terpulang nak letak banyak mana
- 1 biji lemon ~ di hiris nipis
- 5 biji asam boi putih
- ketulan ais secukupnya
Cara Penyediaan:
- Mula-mula kita cuci semua bahan bersih
- Hiriskan lemon nipis-nipis
- Sediakan bekas yang bersesuaian
- Letakkan daun pudina secukupnya
- Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris
- Dan di ikuti asam boi putih
- Kemudian masukkan buah laychee atau longan
- Tuangkan air aiscream soda secukupnya
- Letakkan ketulan ais jika suka
- Dan akhir sekali masukkan serai yang telah di titik perdunya
- Sedia di nikmati
Apa tunggu lagi gais, korang kena cuba tau!