Ubah style makeup untuk tampil berbeza ketika menghadiri majlis rasmi
Wanita biasanya lebih sukakan makeup natural untuk menyerlahkan ayu wajah. Tapi tak salah kalau sekali sekala kita cuba pulak glam look. Bila ada undangan dinner atau anniversary date, bolehlah surprisekan pasangan dengan gaya solekan yang lebih elegan.
Step 1:
Pastikan anda prep muka menggunakan primer untuk mengelakkan solekan anda crack selepas beberapa jam.
Step 2:
Ratakan foundation yang bewarna seakan warna kulit untuk mengelakkan daripada muka anda menjadi kelabu. Anda boleh ratakan foundation menggunakan jari, berus foundation atau sponge.
Step 3:
Ratakan concealer bagi menutup cela seperti di bawah mata, parut jerawat, bawah dagu dan dahi untuk menaikkan seri muka. Langkah ini bagi memastikan muka tidak nampak kusam.
Step 4:
Gunakan pemerah pipi sama ada dalam bentuk stick atau pun palette di atas tulang pipi, sedikit pada tulang hidung dan di bawah dagu untuk menaikkan bahagian-bahagian tersebut.
Step 5:
Untuk mengelakkan muka daripada berkilat anda boleh menggunakan loose powder pada bahagian pipi. Ini memberikan matte effect yang anda mahukan.
Step 6:
Kemaskan kening sebelum mula melukis. Ikut garis kening yang asal menggunakan eyebrow pencil supaya kesannya nampak lebih natural.
Step 7:
Untuk eyeshadow anda boleh menggunakan palette yang mempunyai base warna natural. Gunakan warna coklat untuk seluruh dasar kelopak mata. Kemudian gunakan warna coklat yang lebih gelap untuk bahagian eye lid.
Step 8:
Menggunakan maskara untuk bulu mata. Pastikan maskara hanya dipakai selepas anda menggunakan pengepit untuk melentikkan bulu mata.
Step 9:
Jangan lupa untuk letak highlighter pada tulang pipi dan sedikit di kelopak mata untuk memberikan effect glowing pada muka anda.
Step 10:
Yang terakhir, lengkapkan glam look dengan lipstick yang bersesuaian dengan warna kulit.