Sebut sahaja kacang pool pasti terbayang Johor.

Nak diringkaskan sejarah, kacang pool ini merupakan hidangan ilham daripada Haji Makpol, seorang pengusaha makanan di Johor pada ketika itu. Tidak lebih 20 tahun berada dalam masyarakat Malaysia, hidangan ini merupakan hidangan yang sangat terkenal di Mekah.

Ramai orang rasa nak masak menu kacang pool ni susah. Tapi dengan perkongsian daripada Anie Hamid, resepi yang dirasakan susah ini terasa senang sangatlah.

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar Curry Chicken Paste Chef Surya
  • 1 tin kacang panggang
  • 1 tin kacang foul (Kimball)
  • 1 tin kacang kuda (Kimball)
  • ½ kilo daging kisar – cuci bersih dan tos
  • 1 sudu besar ketumbar – disangai dan kisar
  • 1 keping asam gelugor (nak guna asam jawa pes pun boleh)
  • Garam, gula
  • 2 sudu besar minyak

Bahan tabur atas kacang pool: 

  • Cili hijau – hiris nipis
  • Bawang merah – dipotong dadu
  • Telor goreng mata
  • Limau
  • Beberapa keping roti – sapu butter dan dibakar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Masukkan Curry Chicken Paste Chef Surya, kemudian masukkan daging kisar masak hingga daging bertukar warna.
  3. Masukkan ketiga-tiga jenis kacang  (kisar ½ bahagian dan ½ bahagian dibiarkan sebiji-sebiji). Masukkan serbuk ketumbar. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan perasa garam, gula dan asam gelugor atau pes asam jawa.
  5. Kacau rata dan masak hingga kuahnya pekat sedikit.
  6. Matikan api dan bolehlah dihidangkan bersama dengan bahan tabur, telur mata dan roti bakar.
Kredit: Anie Hamid

Kalau anda peminat kacang pool, apa kata cuba masak sendiri. Pasti lebih puas dan nikmat makan hasil air tangan sendiri.

Selamat mencuba!