Ketahui cara yang betul mengenakan wangian supaya baunya tak cepat hilang

Beli perfume atau wangian mahal tapi sekejap jer baunya dah hilang dari badan? Mesti cara pemakaiannya salah. Ada beberapa trick kalau nak bau wangi dari perfume kegemaran tahan lebih lama. Tak perlulah nak sembur setiap 3 jam ? Jimat sikit

Tempat semburan minyak wangi

13380911_254103421629188_1071622622_n


Bukan tak boleh sembur pada pakaian, cuma kesannya tak tahan lama. Sekejap je dah hilang bau wangi tu. Jadi, bahagian badan yang paling sesuai adalah bahagian nadi di pergelangan tangan, belakang telinga, pangkal tekak (bahagian bawah leher), bahagian dalam siku dan juga belakang lutut. 

Gunakan asas losyen atau Vaseline 

Sebelum sembur wangian pada badan, lebih elok kalau pakai losyen terlebih dahulu supaya kulit menjadi lembab. Sama juga dengan Vaseline, boleh sapukan pada pergelangan tangan kemudian baru sembur minyak wangi. Sembur pada kulit yang lembab lebih baik daripada kulit yang kering. Proses ni boleh bantu kekalkan wangian pada tubuh untuk jangka masa yang lebih lama.

Cara penyimpanan

Jangan biarkan botol minyak wangi terdedah kepada cahaya yang banyak seperti bilik air atau tempat yang panas. Seeloknya simpan di tempat yang sejuk dan kering serta jauh dari cahaya matahari. Ini kerana haba, cahaya dan kelembapan akan memecahkan partikel minyak wangi dan mengurangkan kualiti wangian.

A picture containing indoor, person, wall, woman

Description automatically generated

Sembur wangian usai mandi

Waktu terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah selepas mandi. Kelembapan pada kulit akan membantu mengekalkan bauan. Ia juga dapat mengelakkan wangian dari meninggalkan kesan diatas baju dan juga merosakkan barang kemas.

Jangan gosok minyak wangi selepas disembur

Mungkin kerana dah terbiasa, kita akan gosok semburan minyak wangi terutamanya pada bahagian pergelanagn tangan. Salah! Ia akan meyebabkan top note (wangian awal) pada minyak wangi hilang dan bau tidak kekal lama. Biarkan wangian kering dengan sendirinya.

Sekarang dah tau tak payah la lagi acapkali sembur minyak wangi kat badan. Cukup dengan cara pemakaian yang betul, wangilah kita sepanjang hari. ?