Cermin mata bukan penghalang untuk mencuba pelbagai style hijab, asal saja selesa
Susah nak bergaya kerana cermin mata? Ramai yang menghadapi kesukaran menggayakan tudung atau shawl kerana bingkai cermin mata. Kenapa tak pakai lense? Tak semua orang rabun selesa pakai kanta lekap. So sis share satu gaya shawl untuk mereka yang bercermin mata. Kiut sangat!
Bahagikan shawl pada 2(sebelah pendek dan sebelah lagi panjang). Pinkan bahagian yang pendek ke belakang.
Pinkan bahagian yang panjang untuk kemasan.
Lilit bahagian yang panjang dan kemaskan diatas dan bahu.
Dah siap. Senang je kan. Plus gay ani boleh disesuaikan dengan pelbagai cermin mata. Apa tunggu lagi wanita yang berkaca mata, ubahlah penampilan mu ke arah yang lebih menawan. Ingatlah , kuasa wanita adalah kuasa berfesyen!