Seronoknya trip secara solo tapi keselamatan mesti diutamakan! Jom baca tips yang boleh mudahkan perjalanan korang. 

Travel secara solo ini sesuatu yang kita para wanita boleh cuba sebelum menamatkan zaman bujang ataupun sebelum menginjak umur 30an. Orang kata bucketlist gitu! Sekurangnya kita mencuba pelbagai aktiviti dan mencabar diri sendiri untuk berdikari serta belajar kenal budaya negara lain. 

Bila travel secara solo, kita perlu pastikan keselamatan kita sebab kita akan terdedah dengan penipuan seperti ragut. Jadi ini beberapa aspek keselamatan yang korang boleh ikut: 

Bawa baju yang diperlukan sahaja

  • Sebab kita nak elakkan korang membawa beg yang besar dan berat lagi. Sekiranya kita membawa beg yang besar, kita terpaksa meminta pertolongan orang lain. Jadi sebaiknya bawa baju yang diperlukan sahaja. Ini dapat mengelakkan diri kita menjadi perhatian orang yang tidak sepatutnya. 

Belajar bahasa negara yang ingin dilawati

  • Dengan cara ini, kita dapat belajar budaya dan memudahkan kita untuk membuat kawan baru di tempat baru. Selain itu dapat meningkatkan rasa keyakinan diri kita bila kita tahu nak berkomunikasi menggunakan bahasa mereka. 

Bagitahu keluarga tempat yang kita pergi

  • Ini penting ye! Sebab mudah bagi mereka untuk jejak atau tahu ke mana kita pergi. Atau korang boleh bagi list perjalanan, nombor telefon hotel dan nombor telefon yang anda pakai di sana kepada ahli keluarga agar mereka mudah menghubungi anda. 

Khas untuk perempuan – Pakai ‘fake’ cincin kahwin

  • Tidak kisah anda tiada teman istmewa ataupun belum berkahwin tetapi cara ini dapat membantu kita rasa ‘selamat’ dan dapat mengelakkan orang tidak kenal bertanya soalan yang tidak diingini.

Peraturan TIGA 

  • Bertanya soalan yang sama pada tiga orang berlainan di sana. Contoh, apa nama tempat yang anda pergi itu. Atleast bila dua daripada tiga bagi jawapan yang sama, maknanya anda di tempat yang betul. 

Pilih untuk sampai ke tempat yang ingin di lawati siang hari!

  • Sebaiknya kita pergi ke sesuatu tempat di siang hari kerana mudah untuk kita bertanya sekiranya kita memerlukan bantuan dan memudahkan kita mengenali jalan yang kita lalui. Tiket flight waktu malam memang murah tetapi kena ingat, keselamatan diri sendiri perlu difikirkan terutama bila ingin travel secara solo

Jadi ini beberapa tips yang korang boleh ikut bila korang nak mencuba travel secara solo. Tak salah kita mencabar diri untuk buat sesuatu yang kita rasa takkan buat! Travel secara solo ni, dapat meningkatkan keyakinan diri dan buatkan kita lebih terbuka serta menyesuaikan diri dengan segala kemungkinan yang datang. Tapi sure trip korang akan jadi best dan memori yang korang takkan lupa! 

Selamat mencuba! Ouh ya, jangan lupa kongsikan trip solo korang dengan kami okay?