Simple tapi yummy: Resepi Ayam Halia untuk ‘fast cooking’

Hidangan ni paling sesuai untuk ibu-ibu bekerjaya yang memilih untuk masak lauk dinner di rumah

A white bowl filled with meat and vegetables on a plate

Description automatically generated

Habis kerja pukul 6 terus bergegas balik. Dek kerana jalan jam lambat ler sampai. Tapi dah janji dengan anak2 kat rumah nak masak malam ni? Ini senario biasa ibu-ibu zaman millenia. Jangan risau, keluarkan jer ayam dari peti sejuk. Tukar baju dulu then kita boleh proceed untuk siapkan dinner. 

Resepi ayam halia ni sangat senang dan yang penting tak amik masa yang lama untuk prep dan masak. Kena dengan nasi panas, perggh, memang sedap!

Bahan-Bahan:

  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit lada hitam
  • Garam (secukup rasa)
  • Kunyit 
  • Gula (secukup rasa)

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak.
  • Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada hitam. Kacau seketika (jangan sampai bawang putih hangus).
  • Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika suka lebih kuah.
  • Masukkan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Tabur daun bawang sebagai hiasan dan hidangkan.
A white bowl filled with meat and vegetables on a plate

Description automatically generated

Tips:

Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin dan ayam juga sudah diperasakan dengan garam ketika mahu menggoreng.