Tudung apa nak pakai waktu bersukan ya? Bukan semua sesuai tau!

Ramai wanita yang menitik beratkan gaya hidup yang sihat dan memilih untuk lebih aktif serta melakukan lebih banyak aktiviti fizikal. Haa tapi bersukan, bersukan juga tapi bagi wanita yang bertudung, kena pastikan juga pakai tudung yang sesuai semasa bersukan. Tudung yang sesuai termasuklah gaya dan juga material sebab rupanya tak ramai yang tahu jenis tudung sesuai dipakai semasa bersukan.

Berikut min kongsikan beberapa contoh tudung yang boleh dipakai semasa bersukan :

A person wearing a hatDescription automatically generated
A person wearing a scarfDescription automatically generated

– Material serap peluh

Okay, bersukan kan memang aktiviti yang berpeluh kan, jadi perkara paling penting ialah untuk mencari material yang menyerap peluh. Contoh material ialah kain kapas dan juga mikro fiber. Contoh kain kapas ialah kain tudung bawal yang kita selalu beli tu. Haa, tudung bawal tu sebenarnya sangat sesuai untuk bersukan sebab ia menyerap peluh dengan baik dan harganya juga berpatutan. Kalau material mikro fiber pula, ia memang dicipta untuk tujuan bersukan dan biasanya material ini menghasilkan baju sukan yang biasa kita lihat di pasaran. Jangan pakai material lycraa atau chiffon pula! Material sebegini panas tau dan memang bertambah rimas lah kalau dipakai sewaktu bersukan.

A person sitting at a beachDescription automatically generated

– Gaya tudung

Gaya tudung amat penting bagi memastikan uols selesa semasa bersukan. Kalau dah tahu nak bersukan, janganlah pula pakai gaya flowy-flowy ala-ala nak pergi majlis kahwin. Pakai gaya yang ringkas dan memudahkan pergerakan. Contohnya, lebihan tudung yang ada di kiri dan kanan bahu boleh dibawa ke belakang kepala dan diikat. Atau kalau tak nak ikat, boleh je kemaskan sahaja di bahagian belakang kepala. Selain kemas, ia juga tidak akan bergerak dan menjadikan uols selesa dan yakin bila bergerak aktif.

A group of people posing for a photoDescription automatically generated

– Pilih warna sesuai

Bagi sukan outdoor seperti jogging atau berbasikal, anda digalakkan memakai tudung warna cerah supaya tidak panas. Material berwarna gelap akan menyerap hangat matahari dan akan menyebabkan uols rasa tak selesa. Kalau aktiviti sukan indoor seperti zumba atau sukan tinju, bolehlah pakai tudung warna gelap sebab lebih sejuk dan selesa.

Okay so gadis bertudung lepas ni tak perlu risau lagi kalau nak bersukan dan takde tudung sesuai. Kalau pandai pilih material tudung, anda akan jadi lebih yakin nak lakukan aktiviti lasak. 

Selamat mencuba!