Haaa, mesti tak tau nak masak apa bila suami balik kerja kan? Kalau dah bosan dengan ayam dan ikan, kali ni SW nak share resipi udang goreng berlada yang dikongsikan pemilik ig ni iaitu @surianti_kitchen.
Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
- 600 g udang
- Garam
- Gula
- 1/2 cawan air asam jawa
- Minyak masak
- Bawang besar – hiris
.
Bahan tumbuk :
- 3 biji cili merah
- 7-10 biji cili padi
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
Cara-cara :
- Gorengkan udang dalam minyak panas sehingga separuh masak, dalam anggaran 4-5 minit. Kemudian angkat, tos, dan ketepikan
- Tumbuk bahan-bahan yang disediakan
- Buang sedikit minyak dari gorengan udang dan tumiskan bahan tumbuk sehingga harum
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
- Masukkan udang bersama dengan bawang besar – kacau sehingga bawang dan udang masak sepenuhnya!