Minyak cili ni memang sedap sebagai peambah rasa masakan. Setiap kali suapan, terasa lengkap rasa pedas, masin, manis. Buat peminat pedas, memang chili oil ni macam kondimen wajib ada atas meja.

Daripada beli dekat kedai, sebenarnya korang boleh buat sendiri je. Jauh lebih murah dan berbaloi tau.

Macam @ashfoodhunter share dekat TikTok dia, memang mudah sangat nak buat chili oil tu. Hanya guna 5 bahan je dengan dua step mudah.

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Chili flakes
  • Minyak gorengan ayam
  • MSG/Gula

Caranya pun mudah.

1. Tumiskan bawang merah yang dah dipotong. Tambah chili flakes dan gula/MSG dan biarkan sampai pecah minyak.

2. Tambah sikit minyak gorengan ayam tadi, biarkan sekejap dan siap!

Mudah je kan? Kalau korang simpan dalam suhu bilik, boleh tahan sampai sebulan!

Selain daripada resepi ashfoodhunter ni, sis ada juga share resepi chili oil yang boleh korang try. Yang ni pun memang padu sebab rempah yang digunakan memang pelbagai. Boleh rujuk resepi chili oil En Kesavanan DEKAT SINI.

Kalau korang ada cara lain untuk buat chili oil sedap, jangan lupa share tau. 

Selamat mencuba!

Kredit video dan gambar: @ashfoodhunter