Penyanyi era 80-an, Dayangku Intan memaklumkan anak perempuannya, Wanku Intan Syarafana Rosman, 23 tahun meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan hati pada Jumaat.
Kisah duka itu dikongsi menerusi laman sosial Instagram Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid melalui akaun Facebooknya.
Wanku Intan yang juga anak ketiga dilahirkan tanpa hempedu iaitu Biliary Artresia dan mempunyai parut di hati.
Allahyarham menjalani pemindahan hati yang didermakan adiknya, Wanku Mohd Ruknuddean di Hospital Selayang awal Februari lalu.
Terdahulu, Dayangku Intan menerusi posting di laman Instagram miliknya menyatakan Wanku Intan Syarafana tenat sekitar 15 jam lalu.
“Keadaan Dayang memang tidak dapat dibayangkan…Bayangkan bagaimana keadaan ibu yang telah menjaga seorang anak perempuan dengan begitu rapi dan penuh kasih sayang,” kata suami Dayangku Intan, Rosman Yahlil kepada Astro Awani.
Difahamkan jenazah Wanku Intan Syarafana akan disempurnakan di Masjid Wilayah di Jalan Duta dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di ibu negara selepas solat Jumaat.
Sumber : Astro Awani