Kalau nak jadi kurus ni memang la semua orang nak, perempuan lagi lah nak biar nampak lagi hot. Kan? Tapi proses nak kurus tu, diet, jogging, yoga itu semua min malas. 

Zumba? lagilah, min ni buat 5 minit je dah penat. Ha macam mana nak kurus? 

Impian saja lah, tapi mungkin korang boleh amalkanlah iaitu makan jangan pakai sudu, biar pakai tangan je. Sebab apa? 

Well, pakai tangan memang lagi berkat, kan? Nampak makan pun lebih selera je, makan pun slow-slow sebab uols boleh feel, kunyah tu perlahan je sebab nak rasa semua lauk pauk yang masuk dalam mulut tu. 

Individu yang makan pakai tangan lebih sedar dengan jumlah pengambilan makanan mereka. Ia melibatkan interaksi di antara sentuhan fizikal dan deria saraf di otak. Ini bermakna, dengan hanya menyentuh makanan, otak boleh mendapat gambaran berkaitan dengan tahap kesedapan makanan tersebut.

Oleh sebab itu, mereka yang makan pakai tangan cenderung untuk makan dengan lebih perlahan. Terutamanya jika makanan tersebut sedap. 

A picture containing table, piece, slice, cake

Description automatically generated

But pakai sudu ni bukanlah tak bagus, okay je, tapi kalau pakai sudu, ia cenderung untuk makan lebih laju berbanding dengan individu yang makan pakai tangan.

Perkara ini boleh menyebabkan pengambilan kalori berlebihan dalam kalangan mereka yang makan pakai sudu.

Lebihan kalori tersebut boleh bertukar menjadi lemak badan dan menyebabkan kenaikan berat badan.

Dalam jangka masa panjang, mereka yang menggunakan sudu berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis.

Ketidakstabilan paras gula dalam darah bagi mereka yang makan laju boleh menyebabkan masalah kerintangan insulin.

Kesemua ini adalah menurut kajian dari Universiti Steven, New York di mana kesedapan sesuatu makanan bukan sahaja dipengaruhi oleh kawalan diet individu, malah cara mereka mengambil makanan tersebut (tangan atau sudu). 

Slikovni rezultat za makan dengan tangan

Walaupun kajian ini menunjukkan kesan yang tidak diketahui umum, namun pengamalan pemakanan seimbang boleh memberikan kebaikan jangka masa panjang daripada sudut kesihatan individu.

Jika korang nak kurangkan berat, kurangkan pengambilan 500 kalori dalam jumlah kalori harian. Jika ingin menambah berat pula, lebihkan pengambilan 500 kalori dalam jumlah kalori harian.

Purata jumlah keperluan kalori normal bagi lelaki dan wanita berbeza.

Bagi lelaki, pengambilan 2,500 kalori sehari penting bagi mengekalkan berat sedia ada manakala wanita pula memerlukan 2,000 kalori.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.