Kebanyakan wanita menelan pil perancang untuk mengelak dari hamil. Tapi wanita-wanita yang mengambil pil perancang itu tahu kah tentang bahayanya perkara itu kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara?
Perkongsian seorang ibu di laman sosial Facebooknya mungkin mampu memberi kesedaran pada anda dimana beliau kini mempunyai masalah hati akibat pertumbuhan tumor pada hatinya.
Sarah Brown, seorang ibu di Newcastle, United Kingdom, berkongsi bahayanya kesan pil perancang apabila digunakan dalam jangka masa yang panjang. Kesan pil perancang : Tumor hati dan kesakitan teruk
“Saya telah mengambil pil perancang selama 12 tahun. Tapi saya juga telah mengalami sindrom usus rengsa (IBS) kira-kira 11 tahun lalu.”
Sarah masih ingat keadaannya yang seringkali letih dan rasa seperti bertoksin. Ia bermula dengan rasa perut kembung, berat badan yang semakin naik, senak, dan pengumuhan makanan yang tidak dapat dicerna. Lama-kelamaan Sarah rasa tidak tahan dengan keadaannya.
“Beberapa bulan selepas itu, saya mula berasa pelik di hati saya ketika baring. Tapi rasa pelik itu terus berubah menjadi rasa sakit setiap kali selepas makan”.
“Ia rasa seperti terbakar di bahagian atas belakang dan kesakitan di sebelah kanan bahu saya.”
Pada bulan Ogos 2016, MRI mengesahkan dirinya ada pertumbuhan tumor. Walaupun ia bukan tumor yang berbahaya, ia dipercayai akibat kesan pil perancang apabila diambil dalam jangka masa yang panjang.
“Disebabkan risiko tumor itu mungkin pecah atau bertukar menjadi kanser, pilihan yang paling selamat adalah untuk mengeluarkannya,” jelasnya. Sarah terpaksa tinggal di hospital selama seminggu selepas menjalani prosedur “liver-resecting”, pembedahan mengambil masa hampir 7 jam.
“Sebab itu penting untuk semua wanita tanya semua soalan dulu apabila mempertimbangkan kaedah perancang jangka panjang” katanya lagi.
So, semua kaum ibu diingatkan sebelum memulakan sebarang pengambilan ubat hormon, sebaiknya beritahu doktor mengenai sejarah kesihatan anda. Juga, amat penting untuk memberitahu doktor jika berlaku sebarang tindak balas badan terhadap ubat tertentu.