Kebaikan yoga terhadap kesihatan mental dan fizikal memang dah diketahui umum. Untuk mereka yang mahu merasai sendiri pengalaman yoga boleh cuba ke studio Jal Yoga.

Jal Yoga, yang diasaskan pada 2018 oleh Pardeep Fogat dan Jasmine Loh, ialah studio 3-dalam-1 terulung Singapura yang menawarkan Yoga, Pilates dan Barre. Ia kini mencipta sejarah dengan mengembangkan sayapnya ke beberapa negara, termasuk Malaysia dan Indonesia.

Jal Yoga juga merupakan pelopor pada Infrared Heat Yoga yang dikenali bersifat  terapeutik, termasuk untuk membantu peredaran darah yang lebih baik, fleksibiliti, kesihatan cellular dan juga kesihatan kulit. Pendekatan inovatif ini menggalakkan penyembuhan fizikal dan memperdalam hubungan minda-badan. 

Dua studio Jal Yoga di Malaysia ada di The Row Studio in Kuala Lumpur and Megah Rise in Petaling Jaya. Studio ini menawarkan pelbagai bilik untuk memenuhi sesi yang berbeza, termasuk Agni, Vayu dan Prithvi. Bilik Agni dilengkapi dengan panel infra untuk kelas yang dipanaskan, manakala bilik Vayu untuk aerial yoga dan sesi barre. Prithvi dikhaskan untuk sesi peribadi.

Jal Yoga didedikasikan untuk memupuk hubungan yang mendalam antara badan dan minda untuk penyembuhan fizikal dan mental serta keseimbangan dan kesejahteraan keseluruhan. Mantera mereka adalah #dowhatucannotdo dan menggalakkan individu melepaskan diri daripada sempadan yang dicipta diri sendiri.