Peminat produk makanan sihat dari Korea dah boleh dapatkan yg essential + daebak dari Watsons! 

Watsons Malaysia dengan kerjasama Most Young Global, membawakan pelbagai jenama baharu untuk memenuhi permintaan produk kesihatan Korea yang semakin popular kepada pengguna di seluruh negara.

Dengan adanya segmen K-healthy ini Watsons kini berhasil menawarkan lebih banyak pilihan, produk popular, ramuan berkualiti, dan manfaat terbukti yang diimport secara eksklusif dari Korea.

Antara produk yang ada termasuklah probiotik untuk seisi keluarga seperti kombucha segera, biskut vegetarian dan banyak lagi yang sesuai untuk setiap segmen pengguna.

Bagi anda yang berminat, segmen K-Healthy Watsons Malaysia menampilkan LactoFit, jenama probiotik terkemuka Korea; Foodology, jenama enzim terunggul; Green Monster, jenama kombucha segera; Godan Gosik dan Tir Tir, penyedia makanan pengganti dan protein shake; dan Eat’s Better, pakar biskut vegetarian.

Semua produk kesihatan segmen K-Healthy kini boleh didapati di kedai Watsons di seluruh negara, aplikasi Watsons MY, atau dalam talian di Watsons Lazada dan Watsons Shopee.