Bold lips merupakan satu trend yang tak akan lapuk. Sebab apa, sebab kita sentiasa akan rasa nak gayakan bold lip terutamanya kalau ada acara.
Tapi, Kak Jah sendiri tak berani sebenarnya nak gayakan bold lips ni hehe sebab dekat Malaysia ni kalau pakai lipstick warna pelik sikit je mesti kena kecam. Eh, suka hatilah kan? Sebab bold lips ni fun. Yes its not for everyday tapi seronok tau cuba gayakan lipstick warna terang dan lain daripada yang lain ni. Ditambah pula dengan pakaian yang onz, memang gaya korang akan nampak wow.
But make sure pandai gayakan bold look ni sebab kalau tak kena memang orang rasa muka kita pelik. Sini Kak Jah kongsikan tips okay.
– Cuba padankan dengan warna kuku
Bagi korang yang suka warnakan kuku tu apa kata masa pilih warna lipstick tu, pilih warna kuku yang sepadan untuk kelihatan lebih menonjol.
– Exfoliate bibir
Exfoliating is key! Bold lips ni tend untuk buatkan bibir kita nampak kering so first step is hilangkan kesan rekahan dan sel kulit mati tu dengan lip scrub yang moisturizing. Boleh DIY dengan menggunakan gula dan madu or boleh beli dekat pasaran.
– Letakkan concealer pada bibir untuk neutralize the colour
Okay ada sesetengah daripada kita yang memiliki bibir yang lebih pigmented daripada yang lain kan? Bold lipsticks akan nampak lebih menyerlah kalau bibir kita warna neutral. So sebelum sapu lipstick bold, letakkan sikit foundation atau concealer korang pada bibir. Lepastu, pakai lipstick macam biasa
– Pakai lip liner
Bold lipstick mestiiiii kena padankan dengan lip liner. Sebabnya? Sebab lipstick ni kalau pudar, memang tak cantik sebab ada tendency nampak bertompok. So, pakai lip liner pada seluruh bahagian bibir so that kalau lipstick tu hilang, takdelah dia hilang bertompo sebab ada base lip liner tu.
– Cuba tekstur berbeza
Eksperimen dengan tekstur berbeza sebab bukan semua orang sesuai pakai bold lipstick jenis matte. Ada yang cantik pakai bold lipstick tekstur glossy, satin atau metallic. Rajin-rajin cuba dan pick yang paling sesuai ya!
– Tone down makeup lain
Rasanya tips ni semua tahu betul tak? Haa kalau dah pakai lipstick bold, janganlah makeup lain pun nak terang and bold. Tone down kan warna blusher and eyeshadow korang dan hasilnya sangat cantik. Less is more.