Kalau tanya mak-mak pasal menu kegemaran anak mestilah majoriti akan cakap ayam. Jaranglah ada budak-budak yang suka makan ikan. Sebab ikan ni kalau korang perasan banyaknya yang macam ‘tawar’ sikit. 

Tak ada rasa lemak yang macam ada dekat ayam.

Jadi untuk dorang lebih suka makan ikan, ada beberapa cara masak yang boleh dicuba. Bukan kata budak-budak, mak pak budak pun suka.

  1. Kalau buat ikan masak rebus, boleh tambahkan sos tiram sikit untuk enhance kan lagi rasa ikan tu.
  2. Perahkan sikit jus lemon ke atas ikan, ini memang sesuai kalau buat dekat ikan goreng atau ikan rebus/kukus. Memang naik betul rasa ikan tu. Masam-masam memang umph!
Kredit: Ruled
  1. Mayonis. Haa, jangan pelik. Mayonis bukan takat boleh makan dengan nugget atau sosej je tau, dengan ikan pun boleh. Tapi jangan letak banyak sangat, sekadar untuk ada rasa je.
  2. Buah zaitun boleh dijadikan sebagai topping.
  3. Berbeza dengan minyak biasa, korang boleh cuba guna minyak zaitun.

Kalau orang Malaysia, untuk seasoning ikan biasanya guna garam dengan kunyit je kan? Tapi apa kata korang cuba seasonkan ikan guna cara western pulak.

Salutkan garam, pepper, lemon pada ikan dengan tambahan herba macam oregano lepas tu masak guna butter. Fuh, rasanya memang lain daripada lain. Bau pun mengancam. Isi dia pun memang lembut dan juicy.

Kredit: Chew Out Loud

Kalau korang ada tips lain nak share macam mana nak bagi ikan jadi lebih sedap, bolehlah share dengan sis dekat komen bawah ni.

Sama-sama kita share, macam tagline Najwa Latif, we share because we care. Gitu~Korang tahu tak dekat Vietnam ada menu paling viral iaitu ikan bandaraya cicah air asam. Boleh KLIK SINI untuk baca pasal menu ni.