Gambar : Depositphotos.com
Kasut ni adalah perkara penting pada wanita sebab ia akan menentukan posture badan korang sama ada berdiri tegak atau kelihatan sedikit seksi.
Ia juga menampilkan identity korang sama ada particular atau tidak pada setiap pemakaian, atau jenis yang slumber sahaja, apa pun tak kisah janji selesa.
Well Cik Ju nak kongsi disini, kalau korang nak Nampak vass di mata orang, kena lah versatile sikit, pelbagaikan cara pemakaian korang baru lah nampak cantik di mata orang.
Tak suka ke orang terpana melihat korang wahai wanita? So kita pergi 1 per satu, now tentang pemilihan kasut!
Terdapat beberapa jenis kasut yang boleh menampakkan korang lebih cantik, anggun, seksi, diva, vass, ha baguslah semua korang. On tak on?
Pointed Heels
Kasut seperti ini akan membantu kamu rasa lebih berkeyakinan kala bekerja dan buat kamu rasa lebih seksi!
Loafer
Jika kamu mencari kasut yang sangat selesa tetapi masih bergaya, this is it!
Strappy
Salah satu kasut trending ketika ini! Kamu bukan saja boleh gayakan ke tempat kerja, tetapi untuk bersantai pun sesuai.
Kitten Heels
Jika kaki kamu tak mampu pakai heels yang tinggi, kamu boleh sarungkan kitten heels seperti ini. Ingat ya, jangan menyeksa diri.
So macam mana? Yang mana 1 pilihan korang? Jangan lah selalu pakai sandal yang sama je setiap hari, itu lah kasut pergi kerja, itu juga lah kasut nak sidai baju dekat rumah. Sedih kan? Its time to change!
Sumber : Cosmopolitan.my