Sekarang ini selain daripada novel fizikal, novel digital daripada pelbagai platform juga menjadi sering dijadikan pilihan untuk diadaptasikan ke dalam bentuk filem atau drama. Salah satu platform bahan bacaan digital yang menjadi pilihan ialah Wattpad.

Tidak salah, namun ada beberapa babak dalam novel yang mungkin tidak sesuai untuk ditayangkan apabila diadaptasi di pasaran Malaysia.

Contohnya dalam satu babak drama Kau vs Aku yang memaparkan adegan berpelukan yang tidak sesuai untuk sasaran umur penonton remaja dan ke bawah. Sehingga menimbulkan tanda tanya, bagaimana ia boleh lepas untuk ditayangkan di stesen televisyen.

Pandangan korang macam mana pula?

Video: TikTok @designerlawo