Pernah dengar tak bahawa setiap kehamilan tu berbeza-beza? Biarpun individu yang sama, tapi kehamilan anak pertama, kedua dan ketiga tu tetap berbeza-beza dan ia merupakan satu perkara yang normal. Ada yang selalu sakit kepala, selalu muntah dan ada juga yang tak pernah alami apa-apa simptom pelik. Haa untungnya lah kan.
Okay so harini Cik Lily nak share lah dengan uols yang selalu sakit kepala tu tips-tips nak hilangkan sakit kepala semasa hamil.
– Buat buku harian sakit kepala
So setiap kali sakit kepala, ada baiknya mommies buat buku dan rekodkan masa dan berapa lama tempoh sakit kepala tu sebagai rujukan. Then, kalau jumpa doktor tu, lebih mudah untuk doktor diagnos apa punca sebenar sakit kepala ketika hamil
– Ketahui puncanya
Lihat gaya hidup dan corak pemakanan kita masa hamil. Perhatikan apa yng kita makan yang mungkin menyebabkan sakit kepala muncul. Contoh, kalau makan roti sebabkan sakit kepala, rekod dalam buku dan jangan makan roti sepanjang kehamilan.
– Sentiasa minum air
Dehydration boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kiralah hamil atau tak. So, kalau hamil, make sure minum air yang mencukupi dan always keep yourself hydrated.
– Pastikan cukup tidur
Tidur yang mencukupi amat penting bagi ibu yang hamil. Jika boleh, pastikan tidur tersebut lena dan tanpa gangguan.
– Cuba ubat semulajadi
Jika boleh, elakkan mengambil panadol. Jika sakit kepala, baring dalam bilik gelap dan letakkan kain sejuk pada bahagian kepala. Hal ini akan membuatkan kepala rasa sedikit lega.
– Jumpa doktor
Postur tubuh yang berubah-ubah terutama sekali semasa trimester akhir kehamilan dapat menyebabkan sakit kepala. Jika ini berlanjutan, jumpalah dengan doktor dan minta rawatan terbaik untuk mengurangkan sakit kepala.