Betul lah, Cik Ju ni bab-bab tinju ni memang lah fikirkan tak sesuai dengan orang perempuan, sebab kita ni banyak bahagian di badan yang betul-betul kena jaga, lebih-lebih lagi peranakan. Itu yang korang kena jaga sebab penting waktu dah kawin nanti kan?
Tapi kalau bab tinju laki Cik Ju ni memang Cik Ju terer, tapi tak pernah buat lah lagi, skills tu Cuma keluar kalau laki Cik Ju buat hal je hehe.
Okay, Cik Ju terbaca tentang gadis kecil molek yang betul-betul hard core masuk wrestiling. What??
Bila Cik Ju tengok dia punya video belasah orang, orang belasah dia, kecut perut rasanya. Sebab dia kecik, lawan dia besar.
Gadis ni pernah viral, nama dia Phoenix Diyana. Power tahu! Cik Ju memang tak mampu jadi macam dia lah..
Diberi gelaran “Phoenix”, Nor Diana Khamarulzaman ibarat burung cenderawasih, kecil tapi lincah, jatuh bangun semula, tidak kenal erti lelah demi matlamatnya.
Gadis berusia 19 tahun ini kelihatan seperti seorang yang pasif, namun mempamerkan perwatakan berbeza di atas gelanggang yang penuh lagak ngeri.
Tapi kalau tengok dalam video, Cik Ju nampak yang Diana ni sebenarnya seorang pemalu apabila berhadapan umum, tapi terus mengaum bila masuk dalam gelanggang!
“Tapi bila dah naik pentas, saya dapat rasai keyakinan daripada penonton yang teruja untuk melihat wanita berhijab beraksi,” katanya.
Diana, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik swasta, memberikan komitmen untuk melatih dirinya 2 kali seminggu pada setiap Rabu dan Sabtu.
“Gusti persembahan sudah ditentukan siapa menang, siapa kalah, tapi setiap aksi itu semuanya betul. Tetap sakit bila kena lambung,” katanya.
Eh mana ada tak sakit kalau dah kena lambung tinggi-tinggi? Boleh retak patah semua tahu dak?
Tapi Diana sendiri mendedahkan dia sebenarnya mengalami kerosakan tisu di belakang badan dan bengkak di siku, namun ia tidak mendatangkan masalah kerana semangat dalam bidang yang diceburinya.
Sebab dia memang niat nak jadi full time wrestler.
Dikenali sebagai Phoenix Diana kerana aksinya yang licah, dengan pakaian gusti berwarna merah, kuning dan emas pada baju dan merah jambu pada topeng, bernilai RM1,500 dan ditempah khas dari Amerika Syarikat dan Mexico.
Cik Ju rasa habis lah suami dia ni kalau buat hal, memang dia terbang hempap atas laki dia.