Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun

Walaupun harga mask masih lagi dikatakan mampu milik, tapi ada yang tak mampu untuk membelinya. Maka, sekumpulan komuniti Orang Asli di Mexico menghasilkan topeng hidung dan mulut sendiri demi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.

Menggunakan kaedah anyaman, topeng kraftangan itu dihasilkan daripada daun palma yang merupakan sejenis tumbuhan asli di daerah Oaxaca.

Menurut seorang pengusaha kraftangan dikenali Juana Lopez, pembuatan topeng menggunakan daun itu lebih murah berbanding topeng perubatan.

“Topeng ini lebih mudah kerana ia boleh dibasuh dan digunakan semula.

“Ia lebih cepat dan murah kerana topeng sangat mahal untuk dibeli ketika krisis (Covid-19) ini,” katanya seperti dilaporkan Al-Jazeera.

Difahamkan, masyarakat yang juga dikenali sebagai komuniti Mixtec itu turut menghasilkan sejumlah 5,000 topeng muka untuk didermakan kepada kumpulan Orang Asli di seluruh negara.

Komuniti itu sebelum ini turut memberi tumpuan dalam penghasilan produk kraftangan lain seperti tikar dan topi.

uols mungkin berminat baca:
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus
Pakai face mask tetap tak selamat, wanita ini jatuh pengsan di mall tiba-tiba…