Mommies! Korang pernah fikir tak kadang-kadang baju yang korang basuh tu ada bau hapak even dah tuang sebotol pewangi pakaian?
Cik Ju dulu ada masalah yang sama but now dah okay, sebab Cik Ju cuba cari apa masalah yang berlaku sampai baju yang dibasuh jadi bau hapak.
So Cik Ju share dengan korang apa punca yang menyebabkan perkara tu berlaku.
1. Mesin basuh terlebih muatan
Setiap mesin basuh mempunyai had muatan tertentu tapi kerana nak jimat, kita selalu sumbat sehingga penuh kerana tidak mahu membazir elektrik dan penggunaan air.
Tapi, apabila mesin terlebih muatan, ia tidak dapat membersihkan pakaian anda dengan baik lalu bakteria melekat pada fabrik.
2. Pakaian dibiarkan rendam terlalu lama
Merendam pakaian memang bagus bagi menanggalkan kotoran degil pada baju atau seluar. Tapi harus diingat, pakaian yang direndam terlalu lama boleh menyebabkan ia berbau.
3. Mesin basuh kotor
Mesin basuh menyimpan banyak bakteria dan ia mungkin punca pakaian korang berbau! Sepatutnya ia perlu dicuci enam bulan sekali menggunakan serbuk pembersih mesin basuh.
4. Peluh melekat pada baju
Pakaian sukan biasanya basah dengan peluh. Sebaik-baiknya, asingkan dengan pakaian lain kerana ia mampu ‘menyebarkan’ bakteria kepada pakaian lain.
Korang boleh baca artikel ni?
Perlu ke Aliff Syukri cubit kaki anak, disuruh menangis untuk publisiti sendiri?
Dulu putus tunang kerana dihina gemuk, sekarang dinobat ratu cantik UK
Penagih dadah, kaki judi memang takkan pernah berubah – Sally