Mungkin ada orang dah terbiasa dengan period yang tak teratur dan lambat sebab memang itulah yang dihadapnya bertahun-tahun. Jadi benda tu macam dia rasa biasa je.

Tapi korang tahu tak yang lambat datang period, period yang menyakitkan dan tak menentu sebenarnya petanda ada benda serius yang berlaku pada tubuh korang dan ia adalah simptom utama untuk peyakit ginekologi macam Endometriosis dan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)?

Tapi petanda ni tak mudah untuk diklasifikasikan. Untuk mudah korang faham, bersempena dengan Bulan Kesedaran Endometriosis Mac ni, sis nak share sikit pandangan doktor pakar daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) macam mana cara mudah nak bezakan Endometriosis dan PCOS.

Period tak menentu vs period yang sakit

Menurut Dr Farah Leong Rahman, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, antara simptom umum PCOS ialah period jarang berlaku dan tak menentu diseabkan PCOS ni berlaku disebabkan tahap hormone abnormal dalam tubuh dan tahap insulin yang tinggi. Masa ini juga, berat akan naik, muka terasa lebih berminyak, rambut tumbuh dekat tempat yang tak diingini atau pun masalah jerawat.

Manakala Endometriosis pula penyakit yang mana tisu yang melapisi rahim mula tumbuh dekat tempat lain macam ovari, rahim, tiub fallopio, usus dan tempat yang jarang sekali berlaku tapi ada ialah paru-paru. Biasanya sakit yang dialami setiap wanita ni lain tapi sakitnya secara berterusan di bahagian bawah perut atau belakang selain daripada sakit semasa atau selepas buat hubungan intim.

Golongan berisiko

Data menunjukkan 1 daripada 10 wanita dunia menghidap Endometriosis ketika berada dalam fasa usia reproduktif. Genetik memang faktor utama untuk seorang wanita tu hadapi PCOS yang mana peratusan untuk seseorang tu terkena ialah pada 25030% kalau ada ibu atau adik beradik yang ada PCOS.

Peluang hamil

Wanita yang ada PCOS atau Endometriosis ni boleh hamil secara semulajadi tapi ada sebilangan yang perlukan bantuan. Kalau wanita tu ada period yang tak teratur atau jarang berlaku, susah untuk kenal pasti tempoh subur sebab kurangnya ovulasi yang mana telur akan dilepaskan dari ovari.

Manakala untuk wanita yang ada Endometriosis, mungkin ada anatomi pelvis terbalik, parut tisu di sekeliling ovari dan tiub fallopio menjadikan kurang kondusif untuk hamil.

Kesan jangka panjang

Kalau korang kerap alami period yang menyakitkan, sakit sebelum, semasa atau selepas period atau tak selesa masa berhubungan intim, atau juga sakit yang berkaitan dengan pergerakan usus dan pundi kencing atau sukar untuk hamil, boleh dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan sebab risiko untuk hidapi Endometriosis tu ada.

Dengan cysts yang diteui dalam atau pada tiub fallopio, usus, dekat belakang atau kawasan sekitar rahim, kawasan antara faraj & rectum, pendarahan yang berlaku disebabkan penyakit ni boleh buatkan korang rasa sakit, keradangan, parut dan ada juga kemungkinan untuk berlakunya kerosakan organ. 

PCOS mungkin setiap wanita berbeza, ada yang gejalanya ringan dan ada juga yang teruk. Jadi enurut Dr Ashley, sebaik je korang dapat diagnosis PCOS, korang akan berisiko tinggi untuk dapat masalah kesihatan jangka panjang macam kencing manis, darah tinggu, kemurungan, psikologi dan kanser rahim.

Jadi kalau dah tak period 4 bulan, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Rawatan

Walapun masih tak ada penawar kekal untuk dua sakit ni, tapi ada kaedah perubatan yang boleh kurangkan simptom yang dialami. 

Contoh macam ubah lifestyle kepada yang lebih sihat dan aktif. Rawatan pun berbeza ikut tahap seriousnya simptom yang korang hadapi dan perancangan untuk mengandung.

Tindakan yang lebih ideal, dapatkan nasihat daripada doktor. Antara yang boleh korang pergi ialah SMCV yang terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Maklumat lanjut atau pertanyaan boleh hubungi +603 9772 9191 atau emel ke [email protected].