Gambar tu sekadar hiasan je.. jangan korang fikir macam-macam pulak..tapi topik tetap sama..tentang suami berkahwin lebih dari seorang atau istilahnya wanita yang hidup bermadu..
Cik Ju nak share 1 story dengan korang, apa komen korang sebagai wanita tentang mereka yang berstatus sebagai isteri kedua?
Adakah uols akan berpendapat yang mereka ni jahat kerana merampas kebahagian orang? Atau sebaliknya? Sebab Cik Ju tak pernah dengar yang isteri kedua dipandang baik oleh wanita-wanita lain.
Pada mereka, isteri kedua ni adalah punca rosaknya rumahtangga, penghancur kebahagiaan, mereka membina rumahtangga atas kesengsaraan isteri pertama.
Sebab itulah perkara yang Cik Ju selalu dengar daripada luahan hati isteri pertama, siap ada yang panggil wanita isteri kedua ni sebagai murahan, pelacur, jalang, dan macam-macam lagi. Hinanya bila Cik Ju dengar.
Tapi korang tak pernah fikir mungkin mereka dijadikan sebagai isteri kedua kerana penipuan yang dibuat oleh si suami dan wanita itu menjadi mangsa dalam hal ini, tapi dipanggil jalang, adil ke?
But dalam hal ni, Cik Ju bukan nak back up isteri kedua atau pertahankan hak isteri pertama, tapi pada Cik Ju jangan kita membuat tuduhan kepada seseorang kalau tak tahu cerita hujung pangkalnya. Dan memang wujud isteri kedua yang jauh lebih baik dari isteri pertama.
Maknanya, si suami buat hal kerana isteri pertama tidak melayaninya dengan bailk, so dia carilah isteri kedua yang boleh membelainya. Tiba-tiba korang nak salahkan isteri kedua sebagai perampas.
Jangan macam tu, selidik dulu, Cik Ju ada sorang kawan, nama dia Maya, (bukan nama sebenar), Maya ni isteri kedua, dia ditipu, dah kahwin baru tahu yang dia ni isteri kedua. Then dia cuba jelaskan kepada madunya, tapi madu dia tak mahu terima and terus panggil dia bitch, jalang and betina.
Benda ni pernah berlaku depan mata Cik Ju dan kalau Cik Ju berada di tempat Maya, dah lama Cik Ju minta cerai sebab tertekan dengan keadaan yang berlaku.
Suami pula tak defend Maya sebab takutkan isteri pertama, sedih Cik ju tengok, now Maya dah ada 2 orang anak, but Maya yang keep surviving untuk anak-anak dia, suami kejap ada kejap tak ada.. suami pula rasa bersalah dekat isteri pertama sebab menduakan isterinya.
Yang menjadi mangsa adalah Maya. But Maya ni baik, cuba cari jalan untuk berbaik dengan madunya, tapi tetap dipandang hina. Dalam hal ni, hanya wanita yang gagah je mampu bertahan dengan keadaan macam ni,
Tapi sampai bila nak bertahan dan kekal macam ni? Apa pandangan korang semua tentang wanita berstatus isteri kedua, perlu cerai atau bertahan kerana anak?
Dilema kan..
Korang boleh baca artikel ni?
Perlu ke Aliff Syukri cubit kaki anak, disuruh menangis untuk publisiti sendiri?
Dulu putus tunang kerana dihina gemuk, sekarang dinobat ratu cantik UK
Penagih dadah, kaki judi memang takkan pernah berubah – Sally