Surirumah jana pendapatan 4 angka dengan jual super ring!

Wahh pandainya wanita ni cari duit, haaa Cik Ju pun nak jugak laa, sebulan je dapat hamper RM5000 dengan jual super ring tu. dah la supermarket Giant ni dekat sebelah rumah Cik Ju, tapi kenapa Cik Ju tak pernah terfikir nak jadi hebat macam wanita ni cari duit?

OMG..Cik Ju bangga sangat dengan kehebatan wanita ni cari duit, apa pun boleh! Guna super ring tu je? Itu kan makanan anak-anak kita, boleh rupanya jadi pekerjaan kita, siap-siap packing, jual dalam e-bay.

gambar : adilahibrahim.com

Ceh, bukan susah pun nak buat benda tu, tapi kenapa Cik Ju tak gunakan platform jual beli online ni jual benda-benda macam tu kan? Asyik dengar orang lain je Berjaya, Cik Ju sendiri pun nak jugak dapat duit banyak macam ni dalam masa sebulan, boleh lah beli baju raya vass tahun ni. Menangis bekas suami Cik Ju tengok nanti. Padan muka dia..hehe

Well, Cik Ju nak share dengan semua wanita di yang kita boleh juga Berjaya macam wanita ni..menerusi laporan mStar, seorang suri rumah iaitu Rabiatul Adilah telah menjalankan perniagaan dalam talian menerusi platform eBay. Beliau telah mendedahkan bahawa keropok Super Ring antara yang mendapat permintaan tinggi daripada rakyat luar negara terutama sekali Amerika Syarikat.

Wow! Orang sana suka makan ringan dekat negara kita rupanya, terkejut Cik Ju!

Sedia maklum, snek tersebut yang berharga RM1.60 di Malaysia mampu dijual sehingga mencecah AS$12 (~RM50) di sana. Difahamkan dia sudah setahun berkecimpung dalam perniagaan di platfrom tersebut dan beliau mula untuk menyertai perniagaan ini selepas melihat rakan-rakannya mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Tambahnya lagi, stok Super Ring, ubat nyamuk dan sebagainya yang dijualnya sebenarnya beliau beli di pasaraya dari Mydin, 99 Speedmart dan Shopee untuk dipasarkan.

Kan!? Haa kitanni mommies, ladies, tak boleh dah bergantung dengan duit lelaki je, kita sendiri kena pandai cari duit..

Jangan cakap super ring, tempe petai pun dia jual dalam eBay! Haha ini menarik, Cik Ju nak buat juga lepas ni, Cik Ju tak kira, jom wanita-wanita semua kita Berjaya macam suri rumah ni.

Cik Ju bangga dengan keupayaan wanita, ini lah wanita moden yang kita inginkan!

Tak payah fikir dah macam mana nak cari duit, nak kerja apa ke semua, korang buat ni je, jom kita belek jual beli online ni..kita buat benda yang sama, semoga dipermudahkan urusan kita semua hendaknya…

Korang boleh baca artikel ni?
Perlu ke Aliff Syukri cubit kaki anak, disuruh menangis untuk publisiti sendiri?
Dulu putus tunang kerana dihina gemuk, sekarang dinobat ratu cantik UK
Penagih dadah, kaki judi memang takkan pernah berubah – Sally