Bertabahlah bonda Rozita dengan perangai Aliff Syukri ni…

Kadang-kadang kesian tengok mak Alif Syukri ni, dia selalu bagi nasihat itu ini dekat anaknya supaya fokus kepada perniagaannya, jangan lagi buat benda merapu-rapu, tetap Alif tak endahkan.

Kalau Cik Ju jadi bonda Rozita ni pun, mau Cik Ju pening, even bonda Rozita sendiri pun kata dah tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan Alif ni bagi dia sedar diri.

gambar : Instagram Aliffsyukri

Well baru-baru ni memuat naik video tangisan ‘darah’ bagi mempromosikan single Ingin Bahagia. Tapi Rozita mahu anaknya berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga.

Dengar baik-baik Syukri, sudahlah lagu tu… Mak bukan niat nak menjatuhkan kau tapi sebab mak sayang.

“Dah tak tahu nak komen macam mana lagi dah. Bukan mak tak nak nasihat, mak dah gagap dah. Kalau kau nak mak panjang umur, kau nak mak hidup aman, tolonglah jadi profesional.

“Bukan lagi menyanyi, sebab Syukri bukan artis dan tak perlu pun hendak menunjukkan benda merapu-rapu, sesuai dengan umur dan lagi satu, mak pesan tolonglah kasihan maruah kami semua.

gambar : mStar

“Tak payahlah berlagu-lagu Syukri. Semua orang tahu suara engkau tu tak sedap. Tak sedap pun, tak payah berlagu-lagu,” katanya.

Sampai macam ni dah mak dia merintih, tetap Alif tak dengar.

Sampai Rozita sendiri cakap, kalau nak mak ni mati dengan tenang, hentikan lah semua benda yang Alif buat tu.

Haih, Cik Ju harap bonda Rozita bersabar dengan kerenah anak ni. Siapa lah tak sayang anak, tapi Alif pilih cara pelik untuk kaut keuntungan.

Nak buat macam mana?

Tapi nak dapat muka tembok macam Alif Syukri untuk lariskan perniagaan ni bukan mudah taw. Sebab bukan semua orang mampu buat macam tu.

Bertabah lah bonda.. Cik Ju pun tak tahu dah nak nasihat apa..

Korang boleh baca artikel ni?
Perlu ke Aliff Syukri cubit kaki anak, disuruh menangis untuk publisiti sendiri?
Dulu putus tunang kerana dihina gemuk, sekarang dinobat ratu cantik UK
Penagih dadah, kaki judi memang takkan pernah berubah – Sally