Walaupun Datuk Seri Aliff Syukri ni banyak kontroversi tentang publisiti mengenai kehidupan dan perniagaannya, tapi tetap ramai pengikutnya, sebab akan ada je perkara pelik yang dilakukan.
Semua itu Cik Ju faham, untuk melariskan perniagaannya dan tak nak bagi Namanya tenggelam sekaligus orang ramai akan melupakan dirinya.
Walaupun dikecam teruk, tapi Aliff Syukri tetap buat muka tembok dan meneruskan sahaja apa yang ingin dilakukannya. Padanya, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dan level confident sangat tinggi.
Well, semua wanita di luar sana..itu sikap yang kita perlu contohi, yakin dalam diri perlu ada untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
Yang tak baik tu kita letak ke tepi sebab dari setiap publisiti yang dibuat Aliff Syukri, banyak benda lain yang kita boleh pelajari daripadanya.
Contohnya, sebelum dia bergelar usahawan kosmetik terkenal, banyak dugaan yang ditempuhnya dan itulah yang menjadikan Aliff kuat semangat dan berjaya sampai hari ni.
Dia sendiri berusaha dari bawah, seawal usia 7 tahun ketika tinggal Bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.
Macam-macam pekerjaan yang dia pernah buat sebelum ini, seperti pegawai perkhidmatan pelanggan, penjaga stor, model dan pramugara! Itu yang paling Cik Ju tak tahan, rupanya level confident dia tinggi sampai nak jadi pramugara.
Tak reti malu pun nak buat apa-apa, janji dia dapat apa yang dia nak.
So mommies, walaupun uols hanya bekerja di rumah tak bermakna korang tak boleh berjaya macam wanita yang bekerja, in fact korang boleh dapat duit yang lebih daripada mereka yang kerja dekat luar.
Korang boleh jaga anak, sambil buat income. Menarik kan? Hidup ni kena kreatif sikit je supaya kita semua mampu berjaya macam Aliff Syukri.
p/s : tapi jangan la sampai jadi pramugari pulak, sekrang kan koronavirus,.hehe