Okay Kak Jah tau ada antara kita yang tak sempat nak stock up barang sempena musim Covid-19 ni kan. Jadi, selain keluar membeli-belah, korang boleh online shopping je dekat mana-mana grocery store yang buat servis ni. Antaranta termasuklah Tesco, Happy Fresh dan juga Mydin. Tapi, kalau nak online shopping pun, kena ada tips nya okay. Sini Kak Jah share cara membeli belah secara online dalam musim Covid-19 ni.
Pilih servis ‘no contact‘
Kebanyakan tempat jual barang basah ni akan menawarkan servis “no contact” delivery. Maksudnya, sebaik sahaja barang korang sampai depan pintu rumah, tukang hantar tu akan letakkan sahaja barang korang dekat situ tanpa ada sebarang contact pun dengan korang. Kaedah ini lebih selamat.
Tiada bayaran tunai
Untuk pembelian jenis ini, sebaiknya jangan pilih mod pembayaran tunai. Sebabnya ialah wang tunai tu mungkin ada virus dan boleh jadi medium penyebaran wabak ni. Pilih mod pembayaran kad kredit atau mod pembayran kad debit.
Sentiasa basuh tangan selepas terima groceries
Sebaik sahaja korang ambik barang yang dah dihantar ke rumah tu, basuh tangan macam biasa dan gunakan hand sanitizer. Sentiasa ambil langkah pencegahan tau.
Okay so kita semua bolehlah slow-slow ikut tips ni ya. Peliharalah diri dan keluarga.
Nak baca lagi?
Diva AA tempik netizen sibuk nak balik kampung