Haaa Cik Ju ada 1 idea yang kita boleh ambil dari India ni untuk kita gunakan di negara kita ni supaya wabak covid-19 ni tidak merebak.
Idea ni sebab Cik Ju tengok masih ada yang pentingkan diri keluar rumah dan minum dengan kawan-kawan di kedai kopi seperti yang berlaku di Penang dan urusan jual bei di pasar Banting yang ON.
Ni semua disebabkan keras kepala sesetengah pihak dan merasakan virus ni sekadar benda yang tidak berbahaya pada dirinya.
Ada juga yang disuruh kuarantin tapi still jugak pergi melepak dengan kawan-kawan dengan tak ada rasa bersalah.
Hrmm apa lagi polis tentera sekarang pun dah dikerah untuk bertugas di jalan raya untuk memastikan dorang-dorang yang degil keras kepala ni mematuhi peraturan.
Ideanya ialah mengenakan cop tangan pada setiap penduduk supaya kita boleh berhati hati dan carut golongan ni depan muka sebab taknak patuh pada arahan.
Itu yang dibuat pada India apabila kerajaannya mengambil langkah itu kepada mereka yang dijangkiti wabak tersebut, tetapi tidak mahu duduk di hospital.
Mereka perlu menjalani kuarantin tersebut di rumah dengan kepercayaan dan tanggungjawab yang ada pada diri sendiri untuk tidak menyebarkan covid-19 kepada orang lain.
Berdasarkan gambar yang dikongsi, cop tersebut tertera dengan jelas perkataan “home quarantined” dan juga tarikh tempoh kuarantin yang dikenakan iaitu selama 14 hari.
Ibu negara India, Mumbai yang menempatkan 18 juta penduduk itu menggunakan slogan “Proud to Protect Mumbaikars” agar setiap orang mengambil perhatian bagi menghentikan penyebaran virus Covid-19.
Amacam, power kan? Okay kejap nak call PM untuk bagi tahu idea ni dekat dia. Hehe berangan
Sumber gambar utama : New York Post