Bersenam di rumah semasa partial lockdown Covid-19

Okay siapa yang rasa diri dah gemuk sebab asyik makan tidur makan tidur je selama berada dalam perintah kawalan pergerakan ni? Angkat tangan cepat!

Kak Jah pun try lah tengok-tengok jenis senaman yang boleh dibuat di rumah aje. Badan kena berpeluh sikit uols, barulah sihat.

Skipping

Haaa engkorang mesti ada tali skipping yang dah tersimpan lama dalam laci ke almari ke kan. Kak Jah pun ada, kawan baik Kak Jah bagi dulu. Dah lama jugak tak guna tu hihi. Skipping atau lompat tali adalah senaman yang simple tetapi mempunyai banyak kebaikan kepada kita. Antaranya adalah, skipping boleh membaiki postur tubuh, menguatkan otot dan boleh mencegah osteoporosis.

Aerobik

Senaman aerobik ni famous betul dulu-dulu kan. Ha, senaman ni paling digemari oleh kaum wanita. Tak susah pun nak lakukannya di rumah. Cari di youtube video-video senamrobik yang boleh korang ikut. Lakukan sebanyak 3 kali dalam seminggu pun dah cukup.

Menari

Wah ini lagi fun! Semalam kawan Kak Jah ada share satu video menari yang sangat senang untuk diikut. Apa lagi, berdansa lah Kak Jah anak beranak kejap lagi!

Sit up, push up, plank

Sebagai penutup untuk senaman-senaman di atas, korang jangan lupa untuk melakukan senaman pembentukkan otot semula seperti sit up, push dan plank. Tak perlu buat jauh-jauh. Dalam bilik sendiri pun dah cun.

So dah takde alasan lagi untuk tak bersenam. Nak badan cantik kan? Moh ler kita bakar lemak-lemak yang dah berkumpul tu.