Cik Ju tahu sekarang stok hand sanitizer dengan face mask memang tengah berkurangan, sebab tu lah ramai peniaga yang naikkan harga 2 barang tu.
And Cik Ju tak pelik kalau ramai orang yang marah pada peniaga tu sebab waktu-waktu macam ni tak boleh lah hangpa nak pentingkan diri, kita kan sama-sama nak putuskan rangkaian virus covid-19 ni. So semua memang kena membantu antara 1 sama lain.
Dalam bab ni, pihak penguatkuasa kita memang cekap. Cik Ju puji brader-brader ni sebab pantang ada aduan, mereka cepat je sampai… syabas! bagi peniaga ni takut sikit nak naikkan harga… kan?
Tapi..ada cerita hangat, Cik Ju ingatkan kita dah cukup bagus, tapi Moscow dibawah pimpinan Vladimir Putin lagi hebat tuuu. Kerajaan dia boleh terus tarik lesen meniaga kalau ada yang cuba-cuba naikkan harga face mask.
Dekat sana, ada farmasi yang menaikkan harga topeng antara RM3.80 hingga RM5.50 sedangkan harga asalnya cuma 80 sen.
Korang rasa, kalau benda tu dikuatkuasa dekat Malaysia ni, orang berani tak nak naikkan harga suka hati? Mesti lah tak berani… kalau dah tarik lessen, depa nak meniaga macam mana, kan?
Nak kaut untung sekejap je, lepas tu papa kedana sampai bila-bila. Kan dah susah nak bagi keluarga makan apa pun tak taw dah.
So pada peniaga, hangpa kena telus, amanah dalam bab jual beli ni, baru pembeli tak lari.hari ni kita semua susah, tapi bila kita jatuh nanti, orang tak ralat kalau nak tolong sebab kita baik dengan semua orang.
Orang macam ni lah kita nak!
sumber gambar utama : The Star Online