Sejak kita tengok ketua keluarga pergi beli barang, Cik Ju perasan mereka makin dah kenal barang, tak macam mula-mula dulu siap kena google bentuk kentang. Haha itu kelakar!
Dan mereka sebenarnya memang lebih kreatif dari kita yang mak-mak ni. Disebabkan nak beli barang tapi nak elak dari terkena covid-19, seorang jurutera ni sanggup memakai plastik sampah sebagai pakaian perlindungan diri. Ha hebat kan?? salute Cik Ju dengan ketua keluarga ni!
Bagi melengkapkan set pakaian keselamatannya itu, Zamakhyari Khairiri, turut memakai topeng muka, bercermin mata “goggle ski” dan berkasut “but” getah.
Bapa kepada 3 anak yang tinggal di Kampung Bukit Payong itu berkata, walaupun ada yang memandang pelik apabila melihat penampilannya, tapi dia tak ambil kisah langsung, asalkan dirinya selamat ketika berada di tempat awam.
“Saya tidak kisah dengan keadaan ini, malahan merasa bangga kerana ia boleh menjadi satu cara berkempen, bagi mengingatkan orang awam akan langkah yang perlu dilakukan bagi membendung virus ini.
“Tempat seperti ini (pasar raya) mempunyai potensi yang tinggi untuk terkena jangkitan virus itu, dan ini adalah ikhtiar kecil yang saya lakukan demi menjaga keselamatan keluarga dan orang sekeliling daripada virus itu,”
Katanya dia mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memakai semua kelengkapan itu dengan dibantu anak-anaknya.
So Cik Ju rasa ada baiknya kalau ketua keluarga lain mengambil contoh yang sama demi keselamatan anak-anak dan keluarga tersayang di rumah!
sumber : bernama