Suami kantoi curangi isteri apabila positif dijangkiti Covid-19

Hello mommies. So harini Kak Jah nak share satu story yang Kak Jah baca pasal seorang suami dari UK yang telah pun sah dijangkiti virus Covid-19 baru-baru ini. Lelaki tu khabarnya lebih risaukan part jangkitan tersebut akan menyebabkan dia kantoi ada hubungan sulit dengan seorang wanita!

Laahhh macam tu pun ada? Lelaki tersebut dijangkiti Covid-19 semasa kunjungannya ke Itali baru-baru ni. Tujuan dia ke Itali pulak ialah kerana bercuti dengan perempuan simpanannya. Wife dia tak tahu menahu pun cik abang dia ke Itali atas tujuan bercuti, dia ingatkan atas tujuan business trip.

Pada mulanya, si suami ni tak mengaku ada travel ke Itali tapi lepas disoal pegawai kesihatan, barulah dia mengaku mendapat jangkitan tu masa dia ke sana. Alamak, dahlah kantoi ada hubungan sulit, dijangkiti virus pulak.

Dia yang bekerja sebagai usahawan tu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kekasih gelap dia tu sebab risau hubungan sulitnya kantoi.

Tapi cik abang oi, orang nak saring girlfriend awak tu, bukan nak tangkap dia. Aduhai pening kepala Kak Jah.

Tapi apa-apa pun lelaki tu bersyukur berjaya pulang ke UK sebelum semua penerbangan dibatalkan sebab kalau dia terperangkap dekat Itali tu, lagi lah naya ye dok?

Tapi, yang lawaknya dia lagi risau kantoi ada hubungan sulit daripada kesihatan dia kan. Haa tu lah, kalau takut bini, jangan gatal duk curang!

Ni bini ke mana, sakit pun dapat. Oopss hehehe.