Pejam celik pejam celik dah hampir penghujung tahun 2022, cepat betul masa berlalu. Kadang rasa macam tak sempat nak happy kan orang yang tersayang, tapi jangan resah lagi uols. Montigo, jenama alat minuman termoregulasi pertama di Malaysia sedang meraikan kemeriahan pemberian dan kebersamaan melalui kempen ‘Ornaments of Joy’. Uols boleh lah hadiahkan botol yang mempesonakan ini untuk insan tersayang tanda menghargai kewujudan mereka.  Eksaited kan!

Montigo menawarkan ‘The Dazzling Collection’ yang kini tersedia dalam dua jenis rona krom iaitu Crimson Carols dan Forest Fantasy. Kalau rasa tak tahu nak beli warna apa, ambil je dua-dua hihi. Tapi uols kena cepat sambar menyambar, sebab ini merupakan edisi terhad tau!

Kalau uols nak tahu, dengan setiap pembelian ‘The Dazzling Collection’ akan menerima pembungkusan perayaan yang menarik tau! Bukan itu sahaja, siap boleh menulis ucapan dan mesej peribadi. Nak suruh balut sekali pun boleh. Untuk maklumat lanjut uols boleh klik sini https://shopmontigo.com. Selamat bercuti semua.