Cara Mudah Nak Mop Lantai Dengan Pantas Dan Bersih

Mop lantai nampak macam tugasan yang remeh, tetapi bagi yang biasa melakukannya ini antara perkara yang memerlukan kudrat dan ketelitian untuk memastikan lantai bersih licin dan hapus dari kotoran selepas mop.

Lagi-lagi kita mommies ni, ada 29 juta benda nak kena buat betul tak, jadi kalau boleh kita taknaklah spend masa lama sangat nak mop lantai je.

Cara mencuci yang betul sememangnya membantu proses mengemop supaya lebih cepat dan bersih . Ini kami kongsikan tip yang boleh dipraktikan oleh anda di rumah. Cara–caranya adalah :

Korang kena pastikan seluruh kawasan yang ingin dimop telah disapu dengan bersih tanpa kehadiran habuk, sampah dan segala jenis kotoran yang lain supaya proses mengemop boleh berjalan dengan lancar. Dan seterusnya ikut langkah di bawah ni okie?

Air Panas & Cuka

Ini mak Kak Jah selalu buat sebab selain lantai bersih, cuka juga menghilangkan serangga tau. So rumah korang bersih takde serangga. Sediakan air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka dan mopkan seluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan semasa proses pembersihan dan biarkan sehingga kering.

Cecair Peluntur

Korang boleh boleh menggunakan cecair peluntur seperti Clorox tetapi guna kan dengan kuantiti yang sedikit kerana ia akan meninggalkan bau yang kuat. Mopkan dan biarkan kering.

Pencuci Harum

Campurkan air bersama pencuci lantai yang dijual di pasaran dan mopkan lantai anda dan biarkan hingga kering,

Ok dah siap! If korang ikut step kat atas ni, memang confirm lantai rumah korang licin dan bersih bersinar!