Memandangkan sekarang ni musim virus Covid-19, Kak Jah faham ibu bapa risau tentang kesihatan dan keselamatan anak-anak daripada dijangkiti virus ni atau apa-apa jenis virus lah di dunia ni.
Jadi, sini Kak Jah nak share dengan korang apa yang korang boleh buat untuk pastikan anak-anak kekal sihat.
Menjaga kebersihan
Didik anak-anak untuk sentiasa jaga kebersihan diri. Ajar mereka untuk basuh tangan dengan betul, mandi at least 2 kali sehari dan jugak ajar mereka bersihkan pakaian dan tempat tidur.
Perhatikan pola makan anak
Budak-budak ni biasanya memang suka makan makanan macam fast food atau jajan yang sangatlah tak menyihatkan. Macam anak sulung Kak Jah tu lah, suka sangat makan snek dan jarang nak makan nasi. Jadi, sebagai ibu bapa, didik mereka makan nasi dan makanan-makana lain yang berkhasiat.
Mendapat rehat yang mencukupi
Rehat merupakan proses semulajadi bertujuan untuk mengoptimalkan kembali tenaga di bahagian otak. Tidur yang cukup menjadikan badan lebih relax dan ia membantu badan menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh.
Ajak anak bersenam
Terangkan kepada anak betapa pentingnya senaman. Tapi kalau terangkan je tak cukup betul tak, ibu bapa kenalah jadi contoh. Ajak mereka ikut aktiviti senaman korang. Kalau duduk rumah macam sekarang, ajar mereka ikut home workout yang boleh korang jumpa dekat Youtube.
Berjumpa dengan doktor
Kanak-kanak memang biasanya takut untuk berjumpa dengan doktor. Ibu bapa kena terangkan kepada mereka bahawa doktor tu tidak menakutkan malah doktor bantu mereka untuk kekal sihat.
Good luck, mommies!