Siapa yang tak kenal dengan gelagat yang mengundang gelak tawa netizen dari usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, tak masuk lagi dengan perangai pelik dia tu! haha
But kali ni Cik Ju tak mampu nak gelak… nampaknya dia terus dihimpit kontroversi apabila dia sendiri telah memuatnaik surat tuntutan cerai dari isterinya, Datin Seri Nur Shahida di instastory nya. Ia memberi gambaran seolah-olah satu keputusan telah dicapai oleh kedua-dua pihak.
“Permohonan diluluskan… cepatlah masa berlalu supaya jangan banyak lagi benda yang buat saya malu,” tulisnya.
Maknanya betul lah isi dan makna lirik lagu “Cuba Bahagia” tu ye?
Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Aliff memuat naik status bernada kecewa dan sedih.
“Dalam kehidupan ini ada dua pilihan iaitu memilih atau dipilih. Jadi, kita kena tahu dan sedar. Jika kamu yang memilih pilihlah yang terbaik buat kamu dan selamanya. Jika kamu dipilih, maka jadilah yang terbaik buatnya,” katanya.
Dari posting tu, ramai netizen yang meminta Aliff untuk berubah dan sedar dengan kebaikan yang dibuat isterinya yang telah melahirkan 5 anak. Bagaimanapun isterinya Nur Shahida enggan mengulas mengenai perkara itu.
Cik Ju harap dalam hal ni ego tu letak lah ke tepi, sebagai suami… Cik Ju harap Aliff mampu cari jalan yang terbaik sebab Cik Ju yakin korang boleh berbaik semula.
Ini semua demi anak-anak yang nak membesar. Beri mereka bahagia dari kasih sayang uols sebagai ibu bapa.
Difahamkan, ketika ini pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu. Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion Residence Kuala Lumpur berdasarkan video dimuat naik di Instagram.