Kalau tak ada santan atau susu cair, kita masih tetap boleh kari. Kari tak semestinya menggunakan santan atau susu cair pun sebenarnya. 

Mommies masih tetap boleh buat kari yang sedap dengan mengikut resepi ini.

Bahan-Bahan: 

  • 5 ulas bawang merah (diracik)
  • 3 ulas bawang putih (diracik)
  • 2 cm halia (diracik)
  • Halba campur
  • Serbuk kari (bancuh dengan air jadikan pes)
  • 1 ekor ikan (lumur garam dan kunyit)
  • Daun kari
  • Bendi
  • Tomato

Cara-cara: 

  1. Panaskan minyak masak. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan halba dan tumis sehingga naik wangi. Kemudian masukkan pes serbuk kari.
  2. Masukkan air untuk kuah dan masukkan ikan.
  3. Selepas ikan masak, masukkan bendi dan tomato.
  4. Masukkan garam dan matikan api.
  5. Masukkan daun kari.

Selamat mencuba!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun