Bukan Corona dan Covid jer dapat sambutan, segala nama yang berkait dengan virus dan wabak yang tengah melanda ni memang jadi kegemaran agaknya.
Kali ini, pasangan di daerah Madhya Oradesh Sheopur menamakan bayi mereka Lockdown sebagai tanda meraikan kerjasama semua pihak yang berusaha untuk memutuskan rangkaian Covid-19.
Menurut Indiatoday, bayi itu dilahirkan di sebuah hospital swasta kelmarin.
Pasangan Ragunath Mali berkata nama itu diberi sempena ingatan tentang apa yang melanda dunia sekarang.
“Isteri saya melahirkan bayi lelaki pada Isnin lalu dan ketika ditanya pada waktu pendaftaran nama anak, kami bersetuju untuk menamakan bayi ini dengan nama Lockdown,” katanya.
Perdana Menteri India menetapkan 21 hari lockdown untuk melindungi penduduk dari wabak Covid-19.
“Seluruh negara bersatu ketika ini dalam menangani krisis berkenaan dan sudah tentu ia akan menjadi ingatan, sebab itulah kami juga menamakan anak kami sebagai Lockdown,” katanya.
Sumber gambar : efenem
gambar sekadar hiasan