Ibu mana tak risau kalau anak kerap sakit, terutamanya ketika tahun-tahun prasekolah. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak berpotensi untuk mengalami 7 hingga 10 kali selesema  dan 3 hingga 6 kali demam  setiap tahun. Hal ini berkemungkinan menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk menumpukan perhatian, yang mungkin akan mengakibatkan keletihan kognitif, seterusnya, boleh menjadikan mereka sukar untuk melibatkan diri dalam tugas kognitif yang kompleks, yang berpotensi mempengaruhi kapasiti keseluruhan mereka untuk belajar. 

Menyedari isu ini, Anmum Essential Gold baru-baru ini telah mempertingkatkan formulasi susu tepung rumusan untuk kanak-kanaknya untuk memberikan gabungan nutrien penting yang lebih baik. Matlamat jenama ini adalah untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa dan menyokong asuhan kanak-kanak, supaya mereka boleh meneroka setiap hari.

Formula ini telah dipertingkatkan dan dirumus secara saintifik dengan Probio DR10™~, Gangliosida, dan tahap DHA tertinggi. Gabungan nutrien penting dan makanan berfungsi (functional food) ini membantu menyokong sistem imun dan perkembangan otak kanak-kanak. Kini, ibu bapa berpeluang untuk meningkatkan sistem imun anak-anak dan menggalakkan perkembangan kognitif mereka!

Anmum Essential Gold baharu ialah satu-satunya jenama  di dunia yang mengandungi Probio DR10™~, tahap DHA tertinggi# dan Gangliosida. Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik & Hal Ehwal Pematuhan di Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd. menekankan, “Kanak-kanak yang kuat dengan sistem imun yang teguh mempunyai lebih banyak masa dalam sesi pembelajaran, meneroka dan belajar dengan lebih baik. Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk membentuk asas yang kukuh dengan membekalkan stimulasi yang sesuai dan nutrisi yang baik, agar mereka boleh menjadi lebih kuat dan minda cerdas.”

Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina, menekankan kepentingan nutrien tertentu dalam diet kanak-kanak, bahawa nutrien ini penting untuk menyokong kedua-dua perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak pada masa perkembangan kanak-kanak. 

“Jika sistem pertahanan usus anak anda lemah, mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan kuman berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit. Menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus anak anda boleh menguatkan sistem imuniti mereka agar mereka selalu bertenaga dan dapat hadir dalam kelas . Kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang kuat bukan sahaja terdedah kepada lebih banyak peluang pembelajaran tetapi juga mempunyai lebih banyak masa untuk penerokaan yang turut menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka.”

“DHA adalah penting untuk kedua-dua pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak pada kanak-kanak. Dengan perkembangan pesat otak, DHA adalah penting untuk ingatan dan pembelajaran, kerana ia menyokong integriti struktur dan proses fungsi dalam otak .” tambahnya.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) menyarankan pengambilan harian 100 hingga 150mg EPA dan DHA untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun, 150 hingga 200mg untuk mereka yang berumur 4 hingga 6 tahun, dan 200 hingga 250mg untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 10 tahun.

“Segelas Anmum Essential Gold Langkah 3 mengandungi 50mg DHA. Dengan mengambil tiga gelas sehari, ia membekalkan 150 mg DHA, memenuhi saranan pengambilan harian DHA+EPA yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun oleh FAO.”

Tambahan pula, kajian telah menunjukkan bahawa gabungan unik Probio DR10™~ dan Prebiotik dapat mengurangkan jangkitan saluran pernafasan sebanyak 35%  dan mengurangkan bilangan hari demam  pada kanak-kanak. Kesihatan dalaman yang lebih kukuh memberi lebih banyak peluang untuk penerokaan.

Formulasi susu tepung rumusan kanak-kanak Anmum Essential Gold Langkah 3 yang dipertingkatkan sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas, boleh didapati di pasaraya utama di seluruh negara dan di platform e-dagang. Ia berharga RM47.00 untuk pek 550g dan RM91.00 untuk pek 1.1kg.