Asam jawa ni bukan je menyedapkan makanan atau boleh jadi jus yang menyegarkan badan tapi ada khasiat jugak untuk kulit wajah tau.
Antara khasiat asam jawa yang tak ramai tahu adalah ia kaya dengan vitamin B, antioksidan, mineral, zat besi dan magnesium. Sebab tu asam jawa mampu merawat pelbagai masalah berkaitan kulit dan menjadikan wajah cantik berseri.
So meh semak apa je khasiat asam jawa untuk wajah.
Mencerahkan wajah
Asam jawa mampu memutih dan mencerahkan kulit. Caranya, rendam asam jawa ke dalam air panas sehingga berubah menjadi pati. Tambah kunyit dan gaul dengan air rendaman asam jawa tadi.
Sapukan pada wajah dan badan. Biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu untuk mendapatl kulit yang putih berseri. Selain kunyit, uols juga boleh campur asam jawa dengan madu dan lemon.
Menanggalkan sel-sel kulit mati
Asam jawa bagus untuk menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan kotoran yang terdapat dalam pori-pori muka. Ini kerana asam jawa mengandungi alfa hidroksil, bahan yang bertindak sebagai ejen pengelupasan semulajadi.
Caranya, sapu asam jawa pada wajah dan biar selama 20 hingga 30 minit. Sambil menunggu asam jawa kering, bolehlah urut wajah secara perlahan-lahan agar sel kulit mati tertanggal.
Setelah kering, bilas dengan air dan korang dapat rasakan kulit jadi lebih lembut serta bersih. Anda juga boleh mencampurkan asam jawa dengan garam untuk dijadikan mask.
Mengurangkan jerawat dan jeragat
Ni Kak Jah pernah cuba dulu. Hasilnya memang mengagumkan walaupun kulit wajah rasa pedih sikit masa letak asam jawa tu. Bancuhkan tiga sudu besar asam jawa ke dalam air panas. Biarkan seketika dan tapis bahan yang tidak diperlukan seperti biji dan sebagainya. Gunakan air tapisan asam jawa tadi sebagai air basuhan muka pada setiap pagi dan jerawat serta jeragat akan berkurangan jika diamalkan selalu.