9 rahsia kekalkan hubungan rapat dengan besties

Jangan biarkan jarak atau kekangan masa menjadi alasan anda makin ‘jauh’ dengan rakan baik

Sahabat adalah mereka yang setia dan sentiasa ada untuk menemani kita menempuhi detik gembira dan duka. Malangnya, seiring dengan masa, makin susah nak maintain hubungan rapat bila masing-masing sibuk melangkah ke alam dewasa, punya kerjaya dan berumahtangga. Lebih rumit lagi kalau sahabat rapat korang menetap di negeri atau negara lain. Dahlah sibuk, jauh pula tu! 

Takut hilang sahabat, korang boleh ikut tips kat bawah ni. 9 tips ini adalah antara rahsia mudah untuk mengekalkan friendship korang dengan besties.

Sentiasa berhubung

Bak kata pepatah melayu, jauh di mata dekat di hati. Dengan kemajuan teknologi tak ada apa yang mustahil. Korang boleh berhubung dan sentiasa berbalas mesej, pesanan suara, gambar, video dan macam-macam lagi tanpa perlu berjumpa. Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram semuanya dihujung jari. Kalau ada masa, apa salahnya buat video call? Baru puas berborak macam dulu. Keep in touch okay!

Elakkan mengungkit atau cemburu

Persahabatan pun ada konflik sama seperti hubungan lain. Tapi cara korang handle perkara ni yang memainkan peranan dalam menentukan halatuju sebuah persahabatan. Jangan mengungkit masa lalu atau mengeluarkan perkataan yang kurang enak didengar. Sahabat korang mungkin ada kawan rapat yang lain, tapi itu tidak bermaksud korang tak penting atau telah ‘digantikan’. Jangan terlalu sensitif atau cemburu. Tenangkan diri dan sentiasa bertindak rasional. Korang sepatutnya gembira melihat kawan korang bahagia di tempat barunya.

Hargai mereka

Tunjuk besties korang yang mereka penting. Selalu tanya khabar mereka dan jadi pendengar setia di saat mereka resah atau gembira. Jangan terlampau judgemental, ni boleh menyebabkan sahabat korang malu atau tak selesa menceritakan masalah mereka. Berikan pujian, sokongan moral, kata-kata semangat dan pendapat bila mereka memerlukannya. Korang juga wajib raikan pencapaian mereka dengan mengucapkan tahniah dengan ikhlas.

Tegur mereka dahulu

Mulakan dulu perbualan kalau korang lama tak berhubung. Mungkin sahabat korang juga nak reconnect tapi mereka rasa kekok atau tak penting. Pendek kata, buat besties korang rasa istimewa. Sentiasa ingat untuk mengucapkan terima kasih dan balas favour mereka, tiada siapa yang suka sahabat yang lokek dan sombong. 

Jangan selalu membandingkan 

Korang sendiri pun tak suka dibandingkan so jangan buat perkara yang sama pada orang lain. Buang segala perasaan superior atau inferior dalam diri korang kerana perasaan negatif tu pasti menimbulkan permasalahan kemudian hari. Jangan buat sahabat korang tersinggung dengan membandingkan dirinya dengan orang lain atau diri sendiri. Empati dan toleransi adalah dua sikap yang korang perlu amalkan bagi mengekalkan kedamaian dalam friendship bersama besties.

Plan outing atau percutian bersama

Bila jarang berjumpa, rancang reunion yang istimewa bagi meraikannya. Kumpulkan semua besties korang dan keluar untuk special daytrip atau bercuti. Dekat pun tak apa, asalkan korang dapat luangkan masa berkualiti dan catch-up antara satu sama lain. Semasa berjumpa dengan besties, tolak tepi semua masalah dan fokus pada  meluangkan masa bersama. Ambil kesempatan ini untuk berbual Panjang. Jangan lupa gambar dan video untuk kenangan.

Ambil tahu tentang mereka

Besties korang mungkin tengah mengalami masalah tapi tak mahu membebankan korang. Ambil berat tentang keadaanya dan ikut naluri korang. Jika tiba-tiba teringat akan dirinya, mungkin dia sedang perlukan korang. Hubungi mereka. Walaupun nampak remeh namun bagi mereka, gesture ini adalah sangat bermakna. Lagi satu, perbezaan personaliti tu normal tapi korang perlu ambil tahu tentang minat dan hobi mereka, kadang mengingati perkara kesukaan mereka saja mampu buat mereka tersenyum.

A picture containing outdoor, tree, ground

Description automatically generated
Kekalkan interaksi dan imbas kembali memori bersama supaya hubungan sentiasa akrab.

Surprise atau hadiahkan mereka sesuatu sempena harijadi

Sambutan hari jadi hanya setahun sekali so buat sahabat korang rasa seronok dan istimewa dengan memberikan hadiah tanda korang mengigati dan menghargai mereka. Kekangan jarak dan masa mungkin menyebabkan korang gagal untuk bertemu tapi satu panggilan telefon yang tak disangka atau penghantaran hadiah pasti buat mereka tertawa gembira pada hari tu. Hadiah tu tak perlu mahal, kad saja dah memadai jika korang kekurangan budget sebab usaha tu yang penting.

Flashback masa lalu

Bila dah lama tak bertemu, kadang-kadang sahabat rapat pun rasa macam orang luar. Tu perkara biasa, jangan rasa bersalah. Ingat kembali detik korang bersama masa dulu. Pasti ada memori lucu ataupun pengalaman gerun yang korang lalui bersama. Korang perlu berinteraksi dan buktikan walaupun bertahun telah berlalu, korang masih lagi bestie yang sama. Baru korang kembali akrab dan mesra.

Kesimpulannya, persahabatan juga perlukan perhatian dan usaha untuk terus kekal. Sahabat rapat atau besties korang adalah insan terpilih yang menjadi teman dunia akhirat. Jagalah hubungan bersama besties, okay.