Nak makan pancake gebu mcm kat MCD? Ini resepinya…

“Pagi-pagi ni teringin pulak nak makan pancake macam kat McD tu. Lembut sedap je… Macam mana nak buat pancake gebu macam tu ya?”

Biasanya tekak kita ni nak pekena roti canai atau nasi lemak setiap pagi, tapi kalau dah bosan mommies boleh la try buat pancake pula. 

Mengikut perkongsian Aznie Khasri ini, pancake yg dibuat wangi, gebu dan masih sedap bila dimakan walaupun dah sejuk. 

Sebenarnya simple je nak membuatnya, jom tengok resepi ni. 

Resepi Pancake Paling Gebu & Tetap Lembut Bila Dah Sejuk

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sdt baking powder
  • Secubit garam
  • 2 sdb gula halus / kastor
  • ¾ cawan + 2 sdb susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat ¾ cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
  • 1 biji telur gred A, dikocok
  • 2 sdb butter, dicairkan
  • 1 sdt esen vanila
  • Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper. *(Tapi saya tak guna sebab dah pakai non-stick pan)

Cara-cara:

1.   Asingkan bahan kering & basah

Mula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.

Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.

2.   Campurkan

Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kemudian gaul setakat rata saja, jangan overmix. Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tak apa.

3.   Rehatkan Adunan

Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit.

4.   Masak

Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa. Tuang adunan tadi dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan.

Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.

OK Siap!

Bila dah nampak cukup masak, bolehlah diangkat dan terus dihidangkan.

Terpulanglah nak makan dengan butter dan madu macam di McD tu atau sapu dengan Nutella, peanut butter, jem strawberi atau buah-buahan segar. Ikut selera masing-masing.

Adunan yang sama boleh buat kaya ball juga

Caranya sama saja, sapu acuan dengan sedikit butter. Bubuh sedikit adunan lepas tu bubuh kaya. Lepas tu tutup balik dengan adunan.

Tutup acuan dengan penutup periuk dan masak hingga ia masak. Siap. Inilah hasilnya.

Serius Sedap & Mudah

Terliur pula bila teringatkan aroma pancake dan kaya ball ni. Boleh buat sarapan, minum petang atau bila-bila rasa teringin tu datang.

Memang mudah sangat. Bolehlah cuba buat sendiri di rumah nanti ya!

Uols mungkin berminat baca:
Roti gebu macam Rotiboy
Jom buat taufufa sendiri di rumah!
Jom try kek batik white coffee!