Kak Jah memang suka tips2 dapur yang memudahkan kerja kita ni. Haaa contohnya macam tips Kak Jah baca ni. Tips mengelak tumisan bawang dan cili kita tu daripada terpercik! Hehe yelah elok dah excited nak masak tapi bila terfikir pasal percikan minyak yang menyakitkan tu aduhaiiii memang boleh buat hilang mood!
- Pastikan bawang yang dikupas dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu.
- Masukkan bawang ke dalam mesin pengisar dan letakkan minyak.
- Kuantiti minyak bergantung pada jumlah kuantiti bawang yang digunakan serta kepekatan tekstur yang diingini.
- Kisar dan kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering.
- Taburkan sedikit garam halus pada permukaan bahan kisar.
- Kemudian tutup bekas dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk.
- Kalau korang buat dalam kuantiti yang banyak, asingkan kepada dua bekas dan letak satu bekas di bahagian sejuk beku.
- Begitu juga dengan cili, basuh bersih dan rebus bersama-sama beberapa ulas bawang putih sehingga lembut. Kemudian kisar cili dan bawang putih bersama-sama minyak.
Dah setel! Selamat mencuba!