Dah nak sambut bulan puasa dah kita ni kan, sekejap je rasa. Lepas habis puasa, raya pulak. Harapnya raya kita kali ni takde kurang pun, masih meriah macam selalu.
Okay so tips Kak Jah kali ni ialah cara nak simpan kuih raya bagi maintain segar dan sedap. Yelah, biskut raya ni cepat betul lemau ye dok?
Bila lemau memang tak sedap dah lah nak makan, takpe kalau korang ikut tips ni, confirm biskut korang kekal rangup. Jom tengok.
Balang mesti betul2 kering
Sebelum korang letak biskut-biskut dalam balang, pastikan bekas tersebut betul-betul kering. Biskut akan lebih cepat rosak jika ada kelembapan dalam bekasnya. Lap bersih2 dulu ya.
Asingkan Setiap Jenis Biskut! Jangan Campur Aduk
Setiap jenis biskut diadun dengan bahan yang berbeza. Jadi, korang tak boleh campurkan semua biskut dalam satu bekas! Asingkan setiap kuih raya dalam bekas yang berbeza. Jika dicampur, biskut akan lebih cepat lemau.
Simpan dalam freezer
Mungkin korang tidak tahu pasal teknik ini tapi kalau simpan biskut-biskut raya dalam freezer, ia akan tahan untuk masa yang sangat lama. Tips ni Kak Jah akan cuba untuk raya tahun ni hehe.
Okay mommies selamat mencuba!