Buah apa yang elok dimakan pada bulan Ramadhan?

Nak tambah tenaga di bulan Ramadhan, makanan perlu betul. Jangan main makan je, sebab salah makan perut akan bermasalah, then puasa sepanjang hari pun jadi tak selesa. 

Ini info yang baik untuk mommies, sebelum menjelang puasa beberapa hari lagi, terdapat 3 jenis buah-buahan yang elok dimakan bagi memberi tenaga di bulan Ramadhan!  

1.   Tembikai 

Buah ini terkenal dengan kandungan airnya yang banyak. Namun, tembikai juga kaya dengan antioksidan, vitamin, dan mineral. Disebabkan kandungan airnya, buah ini sesuai digunakan sebagai makanan pembuka semasa berbuka puasa.

Sebab bila puasa, badan kita akan menjadi kurang air. Jadi tembikai adalah buah yang terbaik kerana mempunyai kandungan air dan elektrolit sebanyak 92% sehingga dapat membantu tubuh mendapatkan kembali cecair dan elektrolit yang hilang semasa berpuasa. Tembikai juga termasuk jenis buah yang mudah dicerna.

2.   Epal

Epal merupakan salah satu buah yang dikenali mempunyai banyak manfaat. Semasa berbuka puasa, sebiji epal dapat membantu sistem pencernaan anda perlahan-lahan menyiapkan organ-organnya untuk menerima makanan yang lebih kompleks. Meskipun kandungan air pada epal tidak sebanyak tembikai, epal mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi yang juga berperanan penting dalam menjaga kesihatan tubuh semasa berpuasa.

Apabila kita berpuasa, kecenderungan untuk makan berlebihan menjadi lebih tinggi, lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa. kita sudah tidak makan selama hampir 12 jam, maka kita akan merasa tidak mengapa jika makan banyak semasa berbuka. 

Hal ini tentu tidak baik kerana boleh meningkatkan risiko kegemukan. Dengan pengambilan epal sebelum makan besar, uols boleh mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan ketika berbuka. 

Selain membantu kerja sistem pencernaan tubuh, serat dalam epal boleh memberi uols kesan kenyang, sehingga mencegah untuk mengambil makanan lebih banyak daripada yang diperlukan.

3.   Anggur

Buah kecil ini boleh menjadi alternatif untuk berbuka puasa. Rasanya yang segar dan manis boleh membantu menggantikan cecair dan gula yang hilang semasa berpuasa. Anggur juga termasuk jenis buah yang mudah dicerna kerana mengandungi banyak air dan mengandungi serat, dan baik untuk dimakan sebelum hidangan utama ketika berbuka puasa. 

Selain itu, anggur juga mempunyai banyak manfaat kesihatan lain. Dengan kandungan air dan seratnya, anggur boleh membantu mengatasi sembelit. Kalium dalam anggur berperanan mencegah tekanan darah tinggi dari menjadi lebih parah.

Sumber: hellodoktor.com

uols mungkin minat baca:
Roti Gardenia pun boleh jadi pizza
Ingatkan susah… senang rupanya buat puding pisang kastard ni!