Ramadhan ini, buah tembikai adalah antara pencuci mulut yang menjadi pilihan rakyat Malaysia malah ada yang suka jadikan jus tembikai sebagai minuman berbuka puasa.
Tapi sebelum itu tahukah mommies cara yang betul dalam memilih tembikai yang benar-benar segar dan manis sempurna? Ini caranya!
Berat Buah
Angkat tembikai dan timbang dengan tangan anda. Lebih berat lebih baik! Oleh kerana tembikai miliki 92% air, yang berat menunjukkan bahawa ia baik dan masak. Kebiasaannya, tembikai yang terlebih masak airnya kurang dan tekstur di dalam tembikai lebih lampung. Jadi, yang paling berat patut uols ambil.
Putih Kekuningan
Pilih tembikai yang ‘punggungnya’ miliki warna seakan putih kekuningan. Hal ini kerana bahagian tersebut terlindung dari matahari. Jadi bahagian itu penting dalam menentukan tahap kematangan tembikai.
Kulit Tak Berkilat
Jika mommies merasakan yang buah tembikai berkilat adalah baik, ia adalah salah. Kerana jika sudah masak ranum dan sedia untuk menjadi hidangan, ia tidak berkilat dan dan permukaan kulitnya lebih kesat.
Sebaliknya bagi yang masih belum cukup masak, permukaanya berkilat dan licin.
Teknik Mengetuk
Ada orang menggunakan teknik mengetuk pada kulit buah tembikai. Sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, katanya ia sudah masak dan elok isinya. Tapi, teknik ini tidak pasti kesahihannya.
Menurut What About Watermelon, perbuatan tersebut amat tidak membantu uols dalam pemilihan buah tembikai. Mommies boleh mengetuk tembikai namun apa yang akan didengar adalah bunyi lampung dalam buah.
Tanya Yang Pakar
Kalau masih tidak pasti, cara terbaik ialah bertanya dengan yang pakar, minta tolong pak cik, tauke atau abang yang menjualnya. Minta mereka memotong buah tersebut dan lihat sendiri dengan mata kasar tekstur isinya. Mudahkan?
Selamat Beramal!
uols mungkin berminat baca:
Buah apa yang elok dimakan pada bulan Ramadhan?
Nak hilangkan kesan parut Caesarean? Ikuti cara ini…